Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Sunday, May 29, 2011

(tak tau nak letak tajuk pe)

Assalamualaikum,

Baru-baru ini aku ada menghadiri majlis kenduri kahwin kawan lama semasa menengah rendah dulu. Sejujurnya, aku memang terasa lemah untuk menghadiri apa-apa majlis yang melibatkan pengumpulan kawan-kawan lama secara beramai-ramai melibatkan rakan-rakan sekolah yang tidak berapa hendak rapat sangat. Tetapi aku pergi juga kerana sahabat baik aku yang dua orang itu hendak sangat pergi dan kebetulan hari itu jugalah kami dapat berkumpul bertiga. ALLAH sahaja yang tahu betapa susahnya kami bertiga untuk berkumpul bersama…

Biasanya aku akan mengalami peperangan emosi dengan diri sendiri selepas menghadiri gathering macam ni. Faham-faham sahajalah bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni, bermula dengan hai-hai, bersalam-salaman dan kemudian, “Kau macam mana sekarang? Buat apa sekarang?” Dan pada aku, this is the part where you run away!

Betul cakap Ustaz Asri, sebahagian para sarjana ada cakap, bersyukur itu kadang-kala makamnya lebih tinggi daripada bersabar. Sabar memanglah kita boleh bersabar, tapi untuk bersyukur bukan mudah. Sebab itulah aku malas hendak melibatkan diri dengan majlis-majlis macam kat atas tadi. Aku malas sangat hendak berperang dengan emosi sendiri kemudian bersusah payah hendak pujuk diri sendiri supaya menerima qada’ dan qadar diri sendiri dengan penuh rasa syukur…

Sejujurnya, aku bukanlah pelajar yang dipandang di sekolah bermula daripada tadika sehinggalah kini, apatah lagi menjadi pelajar harapan sekolah. Mereka semua memang result with flying colours dari dulu, jadi masa kini mereka juga sangat menarik untuk diceritakan. Cerita-cerita tersebut bukan sahaja daripada segi akademik dan kerjaya, tetapi juga hal peribadi, hak milik dan fizikal masing-masing.

Jadi kawan-kawan, maafkanlah kawanmu yang ‘kerdil’ ini sekiranya keliatan aku untuk muncul di mana-mana majlis kamu semua termasuklah reunion yang dianjurkan. Ketahuilah aku sangat memahami kesusah payahan kamu semua merancang itu semua dan mengharapkan kerjasama aku, tetapi aku juga mengasihani diri sendiri yang perlu ‘dirawat’ lebih kurang 2-3 hari sebelum pulih seperti biasa…

3 perkataan untuk aku - Gembeng, gedik, cengeng!!!

Alahai susahnya nak bersyukur

Pak Yuih : Boleh tuju lagu?

Taukeh : Tak payah!!!

(aku pun tak tau nak share lagu apa untuk aku yang ngek ni)

Much love,
NJ :)

Tuesday, May 24, 2011

Kala jengking selamatkan pemuda mabuk


Assalamualaikum,

Diriwayatkan daripada Yusuf Bin Husin, katanya, bersama Dzun Nuun aku pernah berada di tepi sebuah pantai. Di sana aku sempat menyaksikan seekor kala jengking yang besarnya melebihi kala jengking biasa.
Lalu datanglah seekor katak mendekati si kala jengking dan naiklah kala jengking itu ke atas punggungnya. Kemudian sang katak berenang menuju ke suatu tempat.

Melihat hal itu, Dzun Nuun pun berkata, “Pastilah kala jengking itu mempunyai tujuan, mari kita siasat!”.
Kami pun mengikuti ke mana si kala jengking yang dibawa pergi oleh katak itu. Tetapi, secara tidak sengaja kami menemui seorang pemabuk sedang tidur yang beberapa saat kemudian didatangi seekor ular dari pusat hingga ke dada lelaki itu.

Kala jengking tadi lalu melekat dengan kuatnya ke tubuh ular dan menyengatnya sehingga matilah si ular. Selepas ular itu mati, kala jengking kembali menuju pantai dan datanglah sang katak menjemputnya dan beredarlah kedua-dua makhluk itu.

Demikianlah Dzun Nuun lalu bertanya kepada pemabuk itu, “Hai pemuda, lihatlah apa yang sedang dilakukan ALLAH untuk menyelamatkanmu. Seekor kala jengking telah datang dan kemudian membunuh ular yang hendak menggigitmu!”

Dzun Nuun seterusnya membacakan sebuah syair:

Wahai orang yang lupa
Yang selalu dijaga oleh Zat
Yang Maha Agung
Dari kejahatan yang datang dalam kegelapan
Bagaimana mungkin dapat terpejam mata ini
Dari Sang Penguasa yang daripadaNYA beberapa kenikmatan

Mendengar untaian syair yang dibacakan Dzun Nuun itu, pemuda itu pun bangkit dan berkata, “Tuhanku, ini adalah sesuatu yang engkau lakukan terhadap hambaMU yang derhaka, lalu bagaimana kasih sayangMU yang engkau berikan kepada orang yang taat?”

Selepas berkata demikian, pemuda itu pergi dan aku pun bertanya kepadanya, “Hendak ke mana kamu?”
“Aku akan ke Gurun Sahara. Demi ALLAH, aku selamanya tidak akan kembali ke kota lagi,” jawab pemuda itu.

Sumber: Berita Harian

Kembali - Raihan

Kehidupan yang kau lalui tiada bererti
Namun kau masih tak menyedari
Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
Bimbang hidup kau kan berakhir
Tidakkah kau tahu dia yang maha kuasa
Masihkah tak mengerti
Tiada hidup tanpanya... Allah
Subhanaallah

Lalu kau pun tunduk membisu

Sejuta ketakutan
Bayangkan dosa mu bagai lautan
Haraplah diberi peluang
Umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati

Allah maha pengasih

Allah maha pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu
Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Sedarlah kau dari kesilapan mu

Lalu kau pun sujud mengaku

Hilang keangkuhanmu
Cabutlah noda hitam di hatimu
Haraplah di beri peluang
Beribadah kembali
Kau kan jadi hamba yang sejati

Engkau pun menyedari

Jangka waktu yang di beri
Kau pun sedari
Cintanya yang abadi

Allah maha pengasih

Allah maha pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

Allah maha pengasih

Allah maha pengampun
Cintai Ilahi
Cinta yang hakiki
Subhanaallah
Much love,
NJ :) 

Mutiara Hikmah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Assalamualaikum,

10 April lepas Rakan Surau Al-Falah Kolej Aminuddin Baki ada menganjurkan Bengkel Penulisan Kreatif: Bersama Mata Pena Melihat Dunia. Bab-bab pasal bengkel penulisan kreatif memang bila keadaan semasa tidak menghalang, tak akan aku lepaskan peluang. Apatah lagi penceramah jemputan adalah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Sebenarnya tak pernah pun baca buku Ustaz, tapi aku suka baca artikel-artikel tulisan beliau dalam Majalah Solusi, dalam laman web iluvislam dan dalam blog Ustaz sendiri di genta-rasa.com.


Tulisan Ustaz terasa seperti kata-kata seorang ayah kepada anaknya. Bahasanya yang lembut, susunan ayat yang menarik biasanya sampai dalam lubuk hati. Terasa keikhlasan Ustaz dalam menulis.

 Ustaz Pahrol Mohamad Juoi


Aku ingin berkongsi input yang aku dapat dalam bengkel tersebut. Ustaz menyatakan penulis adalah pendakwah, murabbi (pendidik) dan pemimpin.  Bila menyebut penulis adalah pendakwah, terasa berat tanggungjawab tu kerana menyedari kelemahan diri yang kadang-kala tidaklah sebaik seperti apa yang ditulis. 

Tetapi Ustaz memberi aku jawapan yang aku cari-cari selama ini, JANGAN MENANTI KESEMPURNAAN PERIBADI UNTUK BERDAKWAH, anggaplah kita yang menulis ini juga MASIH BERMUJAHADAH. Mungkin bukan aku sahaja yang merasakan begini, kita memang minat dalam menulis, dan minat itu kita harapkan tidak dalam bentuk yang sia-sia. Kita mengharapkan kita dapat memberi inspirasi kepada pembaca untuk menjadi lebih baik selepas membaca tulisan kita. Tetapi kita menyedari diri sendiri tidaklah sebaik atau semulia isi tulisan tersebut. Tidakkah kata-kata Ustaz di atas memberi ketenangan kepada kita atas kemusykilan tadi? Bahawa sesungguhnya kita (penulis dan pembaca) sama-sama masih bermujahadah dan bukannya tugas penulis di sini untuk memberi hukum.

Ustaz ada menyebut bahawa, rasa takut akan menjadi riak atau ujub (merasa diri lebih baik daripada orang lain) untuk berdakwah tidak kiralah dalam menulis atau apa sahaja, juga adalah bisikan syaitan. Aku mengharapkan apa-apa tulisan aku yang berbentuk dakwah atau mungkin bahasa yang lebih sesuai untuk aku ialah mengingatkan orang lain adalah satu kegagalan syaitan dalam menghasut aku. AMIN…

TETAPI, hah ada tapinya, Ustaz juga ada pesan, janganlah berbeza sangat dengan apa yang ditulisnya sebab in order to deliver the message, be the message. Ingat, kita semua masih lagi bermujahadah. Aku mengaku memang banyak aku ada terkucil sana-sini…

Ustaz ada pesan kepada yang baru-baru berjinak hendak menulis ni (macam aku), mulakan menulis sekarang! Tulis sahaja. Jangan terus mengharapkan menulis masterpiece. Sebagai permulaan, tulislah dirinya, tulis apa yang diyakini, dirasai dan dialami. Menulis dari hati.

Belajar daripada aliran air ~ Bila air berterusan mengalir, air akan jernih.

Lihatlah hidup daripada kaca mata Pencipta hidup.

Kuak batu yang kecil, makan tepi-tepi.

HambaMU - Mawi & Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Much love,
NJ :)