Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Thursday, August 18, 2011

Kau pergi jua...


Assalamualaikum,

Kali ini terasa ingin menulis mengenai kelab bola sepak pertama dan selamanya menjadi kegemaran sejak dari umur 10 tahun lagi, cewah…hahaha. Tidak lain tidak bukan, Arsenal! I am an absolute the gooner!

Tapi mungkin hala tuju cerita ini agak sedih kerana memperkatakan tentang pemergian kapten Arsenal, siapa lagi bukan Cesc Fabregas, berjersi nombor 4 ke kelab asal beliau semasa remaja sebelum dibeli oleh Arsene Wenger pada 2004 iaitu Barcelona FC. Untuk Fabregas berpindah ke kelab lain bukanlah sesuatu yang tidak sangka akan berlaku, Cuma aku tidak sangka seawal ini. Agak mustahil seorang pemain bola sepak untuk kekal dalam satu kelab sahaja, lebih-lebih lagi jika pemain tersebut diakui kehebatannya oleh seluruh dunia. Fabregas ke Arsenal seawal 16 tahun, dia memulakan karier profesionalnya di Arsenal semuda itu, dan bermain hampir kesemua perlawanan liga musim pertamanya. Aku pernah terbaca, sebelum Arsene Wenger mengambil keputusan membeli Fabregas, Wenger melihat hampir setiap petang Fabregas membuat latihan sebagai pemain remaja Barcelona. Rasanya apabila kita bermula terlalu awal di satu-satu kelab, kita agak sukar untuk bersara di kelab yang sama. Kalau hendak diikutkan, aku nak semua pemain Arsenal yang hebat-hebat bersara di Arsenal macam Dennis Bergkamp… Tetapi Fabregas juga sebagai pemain yang hebat yang sudah memenangi Euro Cup dan World Cup sudah tentu dahagakan pingat dalam liga dan Champion League, dan Arsenal sebenarnya hampir memenangi Champion League musim 2005/ 06, tetapi sedihnya terlepas ke tangan Barcelona… Aku ketika itu telalu kecewa. Arsenal bermain dengan baik, tanpa kalah dalam kempen tersebut, dan gandingan Henry-Fabregas sangat menjadi sehinggakan Real Madrid juga menjadi lauk masa tu. Sepanjang lapan musim bersama Arsenal juga Fabregas tidak merasa lagi gelaran liga.

Seriously, Fabregas memang hensem giler!

Sebelum ini, all-time favourite aku, Thierry Henry juga pergi meninggalkan Arsenal untuk Barcelona. Sejujurnya aku sedih sangat masa tu huhuhu. Tetapi kesetiaan adalah pada kelab, Arsenal tetap di hati dan Henry akan hanya kekal sebagai pemain kegemaran sahaja. 

 Henry doing what captain should do ;) sweet sgt...

Setiap kali ayam tambatan Arsenal berpindah kelab, setiap kali itu juga mengundang kesedihan kepada aku huhuhu. Teringat dulu masa Emmanuel Petit dengan Marc Overmars berpindah ke Barcelona, eh Barcelona je ek…? Tidak lupa juga kepada Ljungberg, wah rindunya pada fesyen rambut trojan dia masa kat Arsenal dulu sebelum dia mengambil tindakan membotakkan kepala. Kapten Arsenal yang baru, Robin Van Persie, tolonglah, bersara lah di Arsenal macam senior kamu di kelab dan Negara, Bergkamp… sesungguhnya aku sangat sanjung kesetiaan Persie dengan terus kekal di Arsenal. Dan sekarang, Samir Nasri juga dalam khabarnya hendak ke Manchester City…hurm…

Sama-sama datang, sama-sama pergi

Samir Nasri adalah seorang Muslim, dia kelihatan selalu membaca doa sebelum memulakan perlawanan, ALHAMDULILLAH :)
Fredrick Ljungberg

Pemain bertukar silih ganti itu biasa. Patah tumbuh hilang berganti. Pemain yang datang terus menjadi penawar duka. Pemain seperti Andrei Arshavin, Tomas Rosicsky, Marouane Chamakh, Vermaelen, Verminho menjanjikan Arsenal sebagai kelab yang tetap akan bersinar dan memberi saingan.

Aku sangat berharap musim kali ini, Arsenal akan menjulang gelaran liga. Sudah 6 musim berturut Arsenal bermain tanpa gelaran. Walau apa pun, Arsenal tetap di hati. Bak kata Henry, once you’re a gooner, you will always be a gooner!

The new captain, He is also a Muslim :) Robin Van Persie
Dah banyak kali tengok, tapi tiap kali tengok biasanya akan rasa sedih huhuhu

Sesungguhnya, rindu sangat masa musim 2003/ 04, Arsenal menjuarai gelaran liga tanpa kalah dengan memenangi 26 perlawanan dan 12 seri dan musim-musim bersama Tony Adams, Robert Pires, Emmanuel Petit, Marc Overmars, Dennis Bergkamp, Cesc Fabregas, David Seaman, Fredrick Ljungberg....

Much love,
NJ :)

Wednesday, August 17, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum,

ALHAMDULILLAH, segala puji-pujian selamanya hanya layak ke atas ALLAH SWT, Tuhan sekalian alam semesta. Syukur, kita dipertemukan semula dengan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Ramadhan 1432 Hijrah kali ini bukanlah Ramadhan kita yang terakhir dan kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan-kelebihan yang dijanjikan ALLAH sepanjang bulan Ramadhan ini. AMIN...

Entry kali ini, kredit sepenuhnya kepada majalah Solusi isu nombor 34. Aku hanya menaip kembali hadith-hadith dan ayat Al-Quran yang terdapat di dalam isu kali ini yang bertepatan dengan tajuk entry kali ini. InsyaALLAH tidak rugi jika melaburkan RM11 untuk keluaran Solusi kali ini kerana intipati yang disediakan amat berguna dan tidak bosan meneliti muka surat demi muka surat. Semoga kita semua sama-sama memperoleh manfaatnya...


Hukum berpuasa di bulan Ramadhan
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berpuasalah kalian jika telah melihat hilal (anak bulan) dan sudahilah puasa kalian jika telah melihat hilal lagi. Jika tidak Nampak akannya, maka genapkanlah hitungan Syaaban menjadi 30 hari.” (Riwayat Al-Bukhari)

Niat puasa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tidak ada puasa baginya.” (Riwayat Abu Daud)

Sahur
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Syaitan dibelenggu
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pn dibelenggu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Segerakan berbuka
Daripada Sahl bin Sa’ad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka mahu menyegerakan berbuka.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Memberi makan berbuka orang yang berpuasa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)

Jangan sekadar beroleh lapar dan dahaga
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar.” (Riwayat Ibn Majah)

Tadarus
Nabi SAW menceritakan bahawa Jibrail AS membacakan kepadanya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadhan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Iktikaf
Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Syafaat di Akhirat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat kelak. Puasa akan berkata: “Wahai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya. Al-Quran pula berkata: “Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya.” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Maka kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)

Lirik Lagu Sinar Ramadhan – Hijjaz

Sinar ramadhan menyeri lagi
Bulan rahmat bulan yang dinanti
Banyakkanlah amal dan bakti
Ramadhan dirahmati Illahi

Bersyukur di ramadhan yang mulia
Kerna masih dipanjangkan usia
Mungkin nikmat dunia tak seberapa
Tak sama nikmat iman dan islam
Tak semua orang dapat merasa
Iman dan islam paling berharga

Bukan mudah untuk mengawal nafsu
Ujian mendatang syaitan memburu
Bermujahadah melawan nafsu
Agar diterima amalanmu
Ini hanya ujian di dunia

Tak sama dengan di akhirat nanti
Bukan sekadar lapar dahaga
Tapi siksa pedih yang menanti
Bersabar dengan ujian dunia
Akan menanti balasan disyurga

Much love,
NJ :)