Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Thursday, October 31, 2013

Because nasi goreng warung is too mainstream

Assalamualaikum,

Selama ini mak hanya menggoreng nasi goreng kosong sahaja. Tanpa sayur, daging atau ayam, apatah lagi segala jenis bebola-bebola ini.

Tapi aku sangat menggilainya. Sangat sedap. Tidak jemu. Hanya bawang merah, bawang putih, lada hijau dan telur. Marvellous!

Mak tidak perlu berusaha keras. Kalau nasi lemak, hanya nasi lemak dan sambalnya sahaja. Tiada telur, hirisan timun apatah lagi kacang dan ikan bilis goreng.

Laksa? Ya hanya kuah laksa pekat ala Johor dan mi laksa. Tiada hirisan timun, taugeh, sambal belacan, limau kasturi.

Mee dan bihun goreng juga begitu. Hanya goreng kosong bersama perencahnya. Ya tanpa sebarang perisa juga, Ajinomoto dan seangkatan dengannya.

Tapi kami sekeluarga menggilainya. Mak tak perlu usaha keras. Mungkin juga kerana mak dulu bekerja. Kekangan waktu dan keperluan untuk berehat membataskan. Tapi kami tidak kisah. Air tangan mak tetap tidak mengecewakan.

Kerana itu jugalah aku tidak mempersoalkan masakan kari ayam tanpa ditumis sekali bersama dengan daun kari. Percayalah masih lagi lazat. Yang penting usaha seseorang itu untuk masak.

Much love,
NJ :)

Sunday, October 27, 2013

Kisah si burung kakak tua

Assalamualaikum,

Terasa poyo update artikel back-to-back macam ini lol :) Biasanya antara satu artikel ke artikel yang lain terlalu memakan masa, tanpa idea dan masa, ya terasa sukar untuk menulis apa-apa.

Sejak akhir-akhir ini aku selalu teringat akan kisah burung kakak tua diakhir usia ini. Cerita ini disampaikan oleh juara pertandingan Mencari Murabbi (tak pasti nama sebetulnya pertandingan ini) oleh Kolej kediaman Za'ba UPSI bagi musim yang pertama, saudara Ustaz Muhammad Amirul Amran. Salah satu cabaran peringkat akhir adalah untuk menyampaikan satu ceramah/ cerita atau apa sahaja bentuk persembahan berkata-kata ini di khalayak ramai ketika Open Day KZ.

Cerita ini yang disampaikan oleh beliau. Lebih kuranglah.

Ada satu kampung. Seorang ustaz tinggal tinggal bersama-sama burung kakak tua peliharaannya. Berdua. Semua sedia maklum burung kakak tua boleh berkata-kata jika diajar oleh manusia. Maka ustaz ini mengajar burung kakak tua miliknya menyebut nama ALLAH. ALLAH... ALLAH... ALLAH... Hari-hari burung kakak tua ini menyebut tanpa jemu.

Ditakdirkan ALLAH, sampailah ajal burung kakak tua ini. Malangnya setelah kematian burung kakak tua ini, ustaz ini seperti sudah hilang arah. Setiap hari kesedihan sehingga tidak lagi kelihatan berjemaah di surau untuk solat lima waktu. Maka timbullah pelbagai fitnah kepada beliau. Tok imam tidak pula termakan segala fitnah tersebut, dan mengambil keputusan untuk pergi berdepan dengan ustaz ini, menuntut jawapan dan penjelasan akan tindakannya.

Terungkailah bahawa ustaz ini tidak dapat menahan kesedihan yang melampau kerana di akhir usia burung kakak tua peliharaannya ini tidak dapat menyebut nama ALLAH, walhal sepanjang usianya hanya menyebut berzikir nama ALLAH sahaja.

Ringkas cerita ini. Tapi maksudnya mendalam. Di hujung ceramah beliau, beliau mengajak semua yang ada mendengar ceritanya bertanya kepada diri sendiri. Sepanjang hidup kita ini, kita menuturkan pelbagai kata nista, umpatan, tidak kurang kejian. Ya ada juga zikir diuntai beberapa pusingan, tetapi banyak manakah???

Adakah di akhir usia kita nanti, kita mampu menyebut nama ALLAH yang maha agung, apatah lagi mengucap dua kalimah syahadah?

ALLAH... :'(

Much love,
NJ :)


Adakah sememangnya semua perbuatan kita kerana ALLAH?

Assalamualaikum,

Aku terkesan dengan salah satu ceramah yang disampaikan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dalam kuliah mingguan beliau di Masjid negeri Selangor pada setiap hari Khamis yang juga boleh diikuti di youtube. Boleh cuba taip 'Kuliah POP'.

Salah satu daripada ratusan kuliah kat Youtube tu ada Ustaz sampaikan satu cerita. Satu situasi.

Ada orang hendak datang ke rumah kita. Kita sudah dimaklumkan akan perkara tersebut. Kita pun bersedia dengan meletakkan kuih dalam balang untuk dihidangkan. Aleh-aleh tetamu tersebut tidak jadi datang. Kita pun mengeluh, hai buat penat je isi kuih awal-awal dalam balang...

Ustaz cuba untuk persoalkan, kita buat perkara tersebut kerana ALLAH atau kerana manusia? Jika kerana manusia, biasanya memang kita akan kecewa, kerana sifatnya manusia memang lemah. Tapi jika kerana ALLAH, tentu kita akan lebih tenang kerana adanya sifat 'redha'. Kita tahu tiada sia-sia perbuatan yang baik, walaupun hanya dengan berniat sahaja untuk melakukan perkara baik tersebut.

ALLAH, berat terasa dalam dada apabila hak kita dinafikan oleh manusia. Mungkin aku perlu bertanya kembali, adakah memang benar itu hak aku?

Redha Anim... redha itu lebih baik... ALLAH, tolong aku!!!

Much love,
NJ :)




Tuesday, October 15, 2013

Tidak perlu jauh hati

Assalamualaikum,

Satu ketika, kehidupan bersahabat sangat indah. Penuh gelak ketawa, walaupun bukanlah setiap masa. Berkongsi segalanya. Soal hati dan material. Penuh impian indah agar terus kekal rapat sehinggalah ke hari tua. Indahnya bersahabat ketika bersekolah.

Hakikatnya tidak selalu begitu. Macam dalam kebanyakan filem. Ada watak begitu komited dalam bersahabat. Mungkin tidak sepenuhnya, tetapi aku selalu meletakkan diri aku sebagai Samwise Gamgee dalam filem The Lord of The Rings. Apabila Frodo Baggins mengambil keputusan untuk terus menetap berjauhan bersama pak ciknya, Gandalf dan yang lain, tidak lagi di Shire, Sam adalah insan yang paling sedih.

I guess you can't change the fact that people change. As we get older, you lose people around you. Rasanya tidak perlulah aku berjauh hati apabila kawan-kawan semakin menjauh diri. Mereka lebih berjaya dalam akademik dan kerjaya, mereka mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, mereka memilih untuk menjauhkan diri.

Tidak mengapa...

Much love,
NJ :)

Wednesday, October 9, 2013

Tanjung malim, aku pergi dulu!

Assalamualaikum,

Dalam kebanyakan masa selepas habis belajar ni, kepala selalu teringat kenangan sepanjang 4 tahun di Tanjung Malim. Bumi bertuah. ALLAH, rindunya rasa hati ini… tempat jatuh lagi kan dikenang, apatah lagi pernah jatuh pun depan pagar pintu timur, inikan lagi tempat menimba ilmu. Daripada bumi asing yang hati sering meronta-ronta nak balik kampong tiap minggu, menjadi tempat yang hampir habis pusing… yelah 4 tahun la katakan…

Lagi-lagi sem last, rezeki aku bawak kereta, lagi panjanglah kaki kan. Hampir semua kedai makan nak cuba. Harapnya tulisan ini akan mengingatkan aku akan bumi Tanjung Malim yang aku yakin semua penuntut di UPSI akan rindu bila habis belajar.
  • ·         Sate saiz besar RM0.60 sebatang yang sedap sebelah Old Town (selalu orang panggil sate Old Town, dia gak yang dapat nama)
  • ·         Teh ais kaw giler sedap kat Cupak (sederet Secret Recipe). Budak rumah, Ekin paling tak keruan dengan teh ais Cupak ni, Aida pulak siap fikir nak order gelas besar punya sebab sebelum makanan sampai, potensi teh ais nak habis dulu memang tinggi.
  • ·         Sup Saudagar yang power (plus bini taukey, Mak Tam, jiran kita orang masa rumah sewa dulu, rindu kat Mak Tam yang sangat baik tu)
  • ·         Tasik Proton tempat jogging sekali dua dan tempat release tension (plus tempat keluar tv, Majalah 3 you alls, kau ader??? Episod 8 2013-carilah, aku tak tipu)
  • ·         Okay ini luar kawasan Tanjung Malim, tapi boleh la… Empangan kat Kuala Kubu Bharu (KKB). Syok tempat ni, aku selalu hilang pergi sinilah. Sem 8 selalu jiwa kacau keh keh keh
  • ·         Hobi baru sem 8, karaoke. Haish sampai ketagih. Ntah apa apa. (tak payah ikut la, tak bagus pun. Eceh, macam ada yang baca pun haha)
  • ·        Nasi kerabu Abang Wan. Peh sedap hingga menjilat jari. Budak rumah, Mimie yang dok kutuk-kutuk nasi biru pelik ni pun sampai ketagih wa cakap lu. Masa sem 1 sebungkus rm3.50, pastu naik rm3.80, eh jadi rm4.00 pulak. Pastu tak hairan la jadi rm4.50. last-last masa ambil jubah hari tu, jadi rm5.00. Alasan? Harga minyak naik 20 sen bang… Nasib la korang adik junior huhu.
  • ·       Nasi lemak kukus makcik pakcik yang suka landing nasi lemak dia kat cup maggi dulu sebelum customer ambil untuk tambah lauk, ayam goreng ke, kerang sambal ke. Sedap gila nasi lemak ni. Masa sem 5, makcik ni jual kat pasar malam kz setiap khamis. So, setiap khamis menu petang adalah nasi lemak ni. Mana tak badan berlemak.
  • ·         Restoran Perahu Pechah. Setakat aku dengan kawan-kawan makan, semua menu sedap. Boleh try, aku recommend.
  • ·         Okay ini lari lagi jauh. Daripada zaman sekolah lagi aku nak pergi Kellie’s Castle ni. Maklumlah kononnya minat sangat Sejarah ni. Alhamdulillah sem 8 sempat juga jejak kaki. Memang puas hati gila. Kat Batu Gajah, Gopeng, Perak. Siapa yang nak pergi stand by payung dengan air sejuk.
  • ·         Kampong Changkat Khir Johari. Rumah sewa berlima. Aku, Aida, Mimie, Ekin dan Jue. Rumah berbukit yang selalu mengalami masalah tekanan air tak sampai pada waktu maghrib (grrrrrr) Rindunya terutama bilik aku yang tanpa roommate tu. Konon nak sorang-sorang, tapi selalu angkat toto tidur bilik Aida+Jue. Jiran yang awesome, Mak Tam+Pak Long bersama-sama anak-anak buah mereka yang selalu ‘bergurau’ dengan kita orang. Ironinya, hari last kat rumah sewa tu baru tahu nama anak buah mereka tu. Kemain sebelum ni bergurau, nama pun tak tahu. Memori video klip lagu Damasutra tetap dalam ingatan. Kan Ekin??? hahahaha

Macam-macam lagi yang best kat Tanjung Malim ni, macam char kue teow kat bengkel kereta, burger hijau… apa yang aku sebut kat atas adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri, bukan yang lain tak best. Paling ralat char kue teow kat bengkel itu la. Tak ada rezeki nak merasa sebelum ni.


Tanjung Malim, aku pergi dulu… tempoh berkelana 4 tahun sudah berlalu. Sekarang kembali semula ke Muar. Di mana tempat berakhir nafas, masih lagi rahsia Dia. (sastera sangat kan???) uweks

Damasutra - seribu bayangan (kah kah kah banyak kenangan wei lagu ni masa sem last)

Much love,
NJ :)