Assalamualaikum,
Lawatan pertama aku ke Big Bad Wolf adalah pada tahun 2012. Tangkapan
pada lawatan tersebut tidaklah begitu banyak kerana ‘ikan-ikan’ yang diidamkan
hampir tiada. Kebanyakan tangkapan pada hari tersebut pun sehingga kini belum
lagi disentuh (typical me). Tapi ada satu ‘ikan’ yang aku mula baca dari mula
beli sehingga kini, masih belum habis-habis lagi. Chicken soup for the soul;
Grieving and recovery.
Entah sudah berapa kali percubaan untuk menghabiskan, tetapi
masih gagal. Aku pun tidak menyangka yang emosi aku akan begitu terganggu
apabila membacanya. Aku hampir murung dan menangis hampir kesemua cerita di
dalam buku tersebut. Sebab itu aku sering berhenti daripada terus membacanya.
Kemudian setelah beberapa bulan, aku cuba membaca balik, perkara yang sama
terjadi. Subjek mengenai kehilangan orang yang kita sayangi selalu
menyiat-nyiat hati aku. Apatah lagi kebanyakan cerita adalah mengenai
kehilangan orang yang mereka sayangi akibat sakit yang kronik. Kemudian betapa
susah payahnya mereka untuk bangkit semula menjalani hidup yang masih berbaki
tanpa orang yang disayangi.
Sekarang, aku mencuba untuk menghabiskan membaca buku ini
buat kesekian kalinya. Episod sama berulang, aku masih menangis setelah selesai
satu cerita. Bezanya emosi aku kini semakin terkawal. Mungkin ini percubaan
yang terakhir, kerana aku seperti mampu meneruskan pembacaan tanpa merasa
murung. Setakat inilah.
One thing for sure, while reading this book, it makes me
misses my fat father even more!
You can delay grief with activities or chemicals, but you cannot deny
it forever unless you choose not to heal it. -Rob Loughran page 255-
I have come to believe that grief has many faces. There is no one right
way to behave in the face of it. No correct approach. There is no one set of
circumstances that warrants it as an appropriate response. It just is. I have
come to understand that the whole gamut of human emotion is legit when it comes
to coping with loss. Even how we define our loss is personal and valid,
different as it may be for each of us. I’m not sure where I stand in this hierarchy of grief. I may not be on
the top rung, but I’m not on the bottom either. All I know is that I belong on
the ladder. -Carolyn
Roy-Bornstein page 204-
Much love,
NJ :)