Sudah menjadi suratan Ilahi, Jiman dipanggil penciptanya ALLAH ROBBUL JALIL pada tengah malam yang hening. Seluruh ahli keluarga Jiman bagai sudah menjangka detik ini akan tiba dalam masa terdekat ini kerana ketua keluarga mereka sudah berada dalam keadaan tenat sejak empat hari lepas kerana kanser.
Sungguhpun begitu, air mata ini tetap tidak mampu untuk ditampung oleh mereka daripada terus mengalir. Kehilangan ahli keluarga terdekat adalah satu azab. Kematian membawa erti bahawa tiada lagi pertemuan di dunia ini. Oleh itu hanya rindu yang mengiringi.
Jiman menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital, di sisi isteri tercinta dunia dan akhirat dan anak-anak lelaki mereka seramai dua orang. Adriana bersama-sama kakak dan adiknya berada di rumah sudah mula membuat dan mengemas apa yang patut di rumah. Kehadiran tetamu untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah Jiman dan menziarahi ahli keluarganya sudah dijangka oleh Adriana dan adik-beradik perempuannya. Ya, menangis menangis juga, tetapi rumah juga perlu disiapkan untuk menerima kunjungan tetamu dan 'kepulangan' terakhir abah sebelum ke liang lahad.
Walau pun tengah malam, jiran-jiran tetangga ada yang sudi datang menghulurkan pertolongan dan memberi kata sabar dan nasihat. Adik Adriana, Diana namanya menangis terus-terusan. Diana yang bongsu, tentu tidak sama penerimaannya mengenai kematian abah yang disayanginya, berbanding adik-beradik lain yang lebih tua. Sedang adik-beradik perempuan Adriana mengemas dan menyusun semula kedudukan barang-barang di dalam rumah mereka bersama-sama jiran tetangga yang sudi menolong tersebut, tiba-tiba salah seorang anak jiran yang lebih dewasa daripada Diana, Angah panggilannya, menawarkan nasihat yang mengejutkan. Katanya dengan suara yang lantang melarang Diana terus menangis, serius sekali bunyinya. Sekali tengok persis ahli bijak pandai memberi nasihat kepada si jahil.
Mudahnya berkata-kata sedemikian rupa. Ya, meratap merintih akan kematian adalah dilarang dalam Islam, tetapi Islam juga tidak melarang untuk bersedih dan menangis seadanya. Tidak semua manusia mampu menahan air mata daripada terus mengalir apabila ahli keluarga terdekatnya meninggal dunia. Apakah wajar menempelak sedemikian rupa, sepertinya Angah itu pernah kematian ayah atau ibunya?
Apakah sama antara mata yang memandang, dengan bahu yang memikul???
Much love,
NJ :)
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. -Imam Hasan Al-Basri-
Syurga itu matlamat!
Thursday, March 20, 2014
Sunday, March 16, 2014
Sketsa jiran tetangga 2
Keluarga Adriana mendapat jemputan ke majlis perkahwinan
jirannya. Ya, majlis perkahwinan generasi kedua penduduk taman perumahan
mereka, generasi Adriana. Macam biasa, kegiatan merewang mengambil tempat.
Perkara wajib iaitu nikah mengambil tempat pada sebelah
malam, sebelum kenduri walimah pada keesokan harinya. Macam biasa, mengikut
adat setempat yang baik dan mengundang pahala insyaALLAH, bacaan doa selamat
dan tahlil akan diadakan sebelum ijab dan kabul, dan sudah tentunya jamuan
makan untuk para tetamu.
Usai makan, mak Adriana berbual-bual dengan jiran-jiran
tetangganya. Adriana lebih selesa tidak mencampuri perbualan mereka. Bukan tidak
ada generasi kedua seperti Adriana yang turut sama berbual, tetapi Adriana
seperti kera sumbang, tidak begitu menggemari bercampur gaul dengan mereka. Dulu
masa kecil-kecil bukan main lagi bermain bersama seperti tidak mahu pulang ke
rumah, tetapi apabila usia meningkat remaja, Adriana sudah berubah.
Apabila jam sudah melewati jam sebelas malam, Adriana sudah
tidak keruan kerana dia mahu segera pulang ke rumah. Oleh itu, mak Adriana
diajak pulang. Mak Adriana setuju dan mereka bersalaman dengan makcik-makcik
dan kawan-kawan sepermainan ketika kecil dahulu. Secara seloroh, makcik Selamah
bertanyakan akan bila agaknya dia hendak makan nasi minyak Adriana. Adriana tersenyum
dan membalas kembali dengan memohon doa darinya. Tidak semena-mena makcik Luna yang
duduknya agak jauh dari mereka yang berbual pendek tadi mencelah, katanya
jangan risau, Adriana pasti akan menjemput makcik Selamah untuk rewang. Tanpa rasa
bersalah sekali kenyataan tersebut dilontarkan. Motif???
Kenyataan tersebut tidak mampu dihadam oleh Adriana dan
jelas terpancar perubahan pada wajahnya. Terasa terhina sekali. Apakah kerana
Adriana tidak begitu bercampur dan jarang sekali turun padang semasa aktiviti
rewang diadakan? Makcik Selamah menambah pula, katanya Adriana akan menggunakan
perkhidmatan katering kerana Adriana orang kaya. Adriana mengaminkan sahaja
kata-kata itu. Ya mana tahu akan mustajab.
Much love,
NJ :)
Saturday, March 15, 2014
Sketsa jiran tetangga 1
Seperti biasa, jika keluarga Jiman mengadakan kenduri tahlil
sama ada dibuat di rumah atau dihantar ke surau, kegiatan rewang bersama jiran
tetangga yang berdekatan akan mengambil tempat. Namanya pun kenduri, maka
aktiviti masak memasak adalah dalam kuantiti yang banyak dan memerlukan periuk
belanga yang besar. Perkara tersebut bukanlah satu masalah kerana surau di
taman perumahan Jiman membenarkan penyewaan segala alatan memasak dan periuk
belanga dengan bayaran yang sangat minimum.
Biasanya jiran Jiman, Leman namanya, mengetuai upacara masak
memasak kerana kepakaran beliau yang tidak lagi dapat disangkal. Setelah meneliti
kuali kepunyaan Jiman tidak mampu menampung kapasiti makanan yang hendak
dimasak, maka Leman mengarahkan salah seorang anak Jiman iaitu Adriana untuk
menyewa salah satu kuali milik surau di taman perumahan mereka. Dengan yakinnya
Adriana mendapatkan kunci stor daripada bapanya Jiman yang juga AJK surau untuk
mendapatkan kuali yang dimaksudkan. Yang pasti ‘kuali’ yang disebut oleh Leman
dan ‘kuali’ juga yang didengar oleh Adriana, tetapi entah kenapa imej ‘periuk’
yang singgah di minda Adriana.
Maka, ‘periuk’ yang bersaiz besar jugalah yang dibawa pulang
oleh Adriana untuk diberikan kepada Leman. Tanpa disangka, Leman menyangkal
perbuatan Adriana dengan satu suara nyaringan yang hampir sekali didengari
seluruh penduduk taman perumahan mereka. Maka helaian dan taburan ketawa pakcik
dan makcik ahli rewang kenduri tahlil tersebut dalam tempoh masa yang lama mengiringi
nyaringan suara si Leman. Ya, Adriana sangat malu. Terasa bodohnya diri dan
terus terfikir, entah berapa lama perkara ini akan kekal di memori jiran
tetangganya itu. Adriana kembali semula ke stor surau dan menggantikan periuk
tersebut kepada kuali yang dimaksudkan.
Setelah kembali bersama kuali tersebut, ternyata topik perbualan
masih lagi berkisarkan perbuatan memalukan diri sendiri oleh Adriana. Sungguh menyebalkan.
Kemudian, Leman sendiri mendedahkan anak daranya, si Ida juga pernah disuruh
mengambil daun kari, tetapi daun lain yang diambilnya. Adriana yang mendengar
menahan gelak dan sempat lagi menempelak di dalam hatinya, adakah Ida bau
seperti masakan rendang pada daun kari. Hahaha kenalpasti daun kari pun failed!
Kemudian, ASTAGHFIRULLAH… Adriana tidak suka diketawakan kerana kesilapan yang
dilakukan, tetapi dia sendiri melakukan perkara yang sama…
Usai Leman bercerita akan perihal anaknya itu, seluruh isi
ahli rewang menyambutnya dengan hilai ketawa yang tidak kurang hebatnya. Apa yang
mengejutkan, Leman menjadi sentap kerana anak daranya diketawakan sedemikian
rupa dan mula menempelak mereka dengan mengatakan, ‘Amboi sakan ketawakan anak
orang ye…! ‘
Hai la pakcik Leman, kau memalukan Adriana dengan satu
teguran penuh high pitch tidak mengapa pula. Adriana pun berlalu daripada dapur
rumahnya dengan keluhan berat dan makian yang terasa hendak dihamburkan tapi
ditahan-tahan.
Much love,
NJ :)
Tuesday, March 11, 2014
Perihal guru ganti 2
Assalamualaikum,
Hari ini hari ketiga persekolahan bagi minggu ini di sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Bermakna hari ketiga jugalah aku melalui hari tidak bekerja sejak 9 Januari lepas. Terasa janggal pula sedangkan aku sebenarnya suka dengan 'kelapangan' waktu seperti ini. Ya, yang pasti aku merindui komitmen sebagai guru :'(
Aku mula rasa janggal tidak lagi membuat persiapan untuk mengajar pada esok hari. Aku rindu hendak bersiap selepas solat Subuh setiap pagi. Aku teringat akan setiap kali goosebumps yang aku alami sebelum memasuki pagar sekolah. Terbayang-bayang wajah anak murid yang akan ditemui setiap pagi sepanjang perjalanan aku dari pagar sekolah, sehinggalah sebelum mereka beratur untuk morning roll-call. Rindu akan rasa excited nak masuk kelas Sejarah, rasa teruja nak buat aktiviti dalam kelas Sejarah dengan penuh harapan agar ilmu sampai dan di berkati ALLAH dan pelajar yang tidak minat Sejarah akan mula meminatinya... Above all, aku rindu nak tengok reaksi seronok mereka belajar Sejarah, yang aku harapkan benar-benar datang dari hati sanubari mereka. AMIN... Ya ALLAH, rindu benar aku dengan mereka...
Ya ALLAH, maafkan aku kerana banyak merungut sebelum ini. Sekarang apabila sudah kehilangan semua ini, terasa benar kerinduan terhadapnya :'(
Ya ALLAH, sampaikanlah hajat aku dan rakan-rakan untuk menjadi pendidik. AMIN...

Sunday, March 2, 2014
Perihal guru ganti
Assalamualaikum,
ALHAMDULILLAH rezeki datang dalam bentuk pekerjaan sebagai
guru ganti KGSK di sekolah tempat menjalani latihan mengajar sebelum ini. Guru
pembimbing masa tu, Cikgu Maria mencadangkan nama aku kepada GPK 1, Cikgu Rosli
untuk menggantikan Puan Kong yang cuti bersalin. Salah satu sebab kukuh aku
menerima tawaran ni sebab jadual Puan Kong melibatkan subjek Sejarah :) my everlasting
passion. Okay yang tu adalah pro, kontra nye adalah aku kena juga mengajar
subjek PJK. Sangat mencabar untuk aku yang obesiti dan tidak bersukan sejak
zaman sekolah!
Tapi, jangan cepat mengalah walaupun putus asa berkali-kali
sebenarnya huhu. Dunia ini adalah bilik darjah kita sehinggalah mati. Aku
belajar untuk lebih peka dan lebih banyak mendengar. Kadang-kala pembelajaran
datang ketika kita berbual dengan cikgu PJ yang lain. Take note dalam kepala
cepat-cepat! Seperkara lagi, aku bersyukur UPSI mewajibkan subjek Olahraga
dulu, walaupun tak delah ingat sangat pun, but it will do! Tapi memang tak
dapat nak nafikan rasa malu yang amat bila mengajar pelajar mengenai makanan
seimbang, berat badan ideal…
The thing is, this substitute teacher will end this coming
weekend. Ya, memang tak sabar dan sangat gembira, tapi satu sudut lain, terasa
juga hiba di dalam hati. Pekerjaan sebagai cikgu adalah pekerjaan sunnah.
Rasulullah seorang cikgu. Mengajar umat ilmu tauhid, mengenal ALLAH dan
bagaimana untuk menzahirkan diri menjadi mukmin yang sejati. Banyak perkara aku
belajar melalui pengalaman mengajar ini. Antaranya aku baru sedar akan rahmat
ALLAH di sebalik ucapan salam pelajar kepada kita sebagai cikgu. Mula-mula
praktikal dulu rasa excited dapat ucapan salam daripada pelajar, terasa benor
jadi cikgunyer hahaha. Lama-lama rasa biasa. Tapi hari tu ada borak dengan
member kat FB, katanya dia rindu nak diucap salam berkali-kali daripada pelajar
(kami belum posting lagi) kerana ucapan salam adalah doa. Tambahnya lagi,
mungkin sebab tu terasa kosong ketika ini. Tersentuh hati, baru sedar betapa
besarnya rahmat ALLAH dengan kurniaan pelajar-pelajar ini.
Menjadi cikgu memang cita-cita aku dari sekolah lagi. Bila
sudah merasa pengalaman mengajar ketika praktikal, jatuh cinta lagi dengan
kerjaya ini. Dan sekarang setelah melalui pengalaman guru ganti KGSK, aku
semakin jatuh cinta. Tak dapat nafikan tekanan kerja seorang cikgu, tapi
kepuasan yang dirasai berbaloi-baloi. Puas tengok pelajar suka masuk dalam
kelas kita. Itu satu permulaan yang baik, bila kita gembira nak belajar,
insyALLAH ilmu mudah masuk dalam kepala. Tapi aku kena sedar, mungkin ada yang
tidak suka akan kita sebagai cikgunya, tidak mengapa. Sentiasa ikhlaskan diri.
Mengajar kerana ALLAH. Aku perlu lebih berusaha untuk ikhlas. Ikhlas, ikhlas,
ikhlas!!!
Cikgu akan rindu korang… pengalaman manis tidak ternilai
harganya. Walaupun aku mengajar, aku juga belajar daripada pelajar. Terima
kasih ALLAH, ALHAMDULILLAH kerana memudahkan urusan aku di sekolah. Syukur
tidak terlalu sukar menyesuaikan diri kerana pernah praktikal di sekolah ini
dulu. Kebanyakan guru juga sudah dikenali. Staf-staf bukan guru juga sangat
membantu.
Aku mendedahkan kepada pelajar akan minat aku pada bola,
Arsenal. Mulanya mereka agak skeptical, tidak mengapa aku faham. Cikgu perempuan,
gemuk, hodoh minat bola dan Arsenal??? macam poyo je kan. But then, my
knowledge about the world of football seems to fit. Jadi sekarang kami selalu
je kongsi-kongsi cerita. Seronok rasanya, kali terakhir berkongsi fakta bola
begini masa arwah abang aku ada dan masa diploma ada geng bola sorang,
perempuan juga.
Untuk kelas subjek Sejarah, 2 Baiduri, 2 Delima, 2 Mutiara,
2 Nilam dan 2 Berlian, SMK Bukit Pasir, Muar Johor, terima kasih atas kerjasama
dengan Cikgu selama ini. Cikgu seronok mengajar kamu, harapnya kamu juga
begitu. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat ALLAH dunia dan akhirat. I will
miss all of you…
Untuk kelas 2 Baiduri/ RK, terharu sangat pasal pelajar perempuan datang depan lepas kelas yang terakhir untuk bersalam dan peluk! termasuklah pelajar perempuan Cina! Seyes sangat tak sangka. Terkadang aku mengaku macam aku tak dapat bagi perhatian kat semua pelajar, tapi diorang masih bagi penghormatan macam tu :') Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan dunia akhirat kepada mereka dan jagalah akhlak mereka sehingga ke akhir hayat. AMIN... Ada 8 pelajar lelaki yang tolong Cikgu pindah barang sebab tukar blok, Rashid (Jimmy Fallon), Aiman (Gooner), Ahmad (Cute&Sweet Boy), Safiy (Safee Sali), Badrul (Tiger Woods), Indera (Indera Putera Mahyuddin), Syafiq (Dalam hati ada taman) dan Aliff (Gareth Bale). Dalam kurungan tu panggilan Cikgu untuk korang (hahaha suka hati je kan). Terima kasih banyak-banyak kerana menolong tanpa merungut dan buat kerja dengan penuh dedikasi. Serius, pengalaman sebelum ini selalu jumpa pelajar yang sering merungut, tapi mereka bukan macam tu pun. Kagum pun ada.
Kelas 2 Delima juga begitu, selepas kelas PdP terakhir, kesemua pelajar perempuan termasuk pelajar Cina beratur nak bersalam. Hurmmm terharu tau :') Lepas ni memang akan rindu korang la! Pelajar perempuan dan lelaki kelas 2 Delima memang terbaik.

Ya ALLAH, mudahkan dan cepatkanlah urusan posting aku dan
sahabat-sahabat ISMP yang lain. AMIN… sesungguhnya kami sangat mencintai
kerjaya ini dan akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan tugasan
yang diberikan, insyaALLAH.
Much love,
NJ :)
Sunday, February 9, 2014
Merawat diri
Assalamualaikum,
Hari ini ada mood nak update blog. Dan seperti kebetulan, mood datang ketika hati rasa sedih Arsenal kalah kepada Liverpool malam tadi. 5-1 bukan jumlah yang sikit. Ya, memang poyo, tapi sebagai peminat Arsenal, rasa perit akan kekalahan tak dapat nak dielak. Apa lagi dengan kedudukan semasa sebagai peneraju liga dan sudah kempunan 10 musim tanpa juara liga... Please the gunners, make up for what happened last nights, go win the rest of the games. Doesn't matter, Man U, Liverpool again or even Bayern Munich, we can beat them!!! Impossible is nothing.
Okay, seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini akan masalah tekanan mental, kebimbangan (anxiety) dan kemurungan yang aku hadapi ketika ini, aku tidak hanya berdiam diri. Aku sedar aku bermasalah, aku perlu akan rawatan. Sudah aku usulkan masalah ini kepada sahabat baik aku, Afifah dan Fiza, juga yang penting kepada emak, mereka semua menasihati jika aku yakin yang aku bermasalah, maka aku perlu untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
ALLAH tidak datangkan masalah tanpa jalan penyelesaian. Aku bersyukur, sahabat lama ketika sekolah rendah dulu, Eba, seorang kaunselor berdaftar. Walaupun dengan perasaan malu yang menebal, aku gagahi jua menceritakan masalah aku kepada Eba melalui FB. Dan ketika cuti raya cina haritu, kami berjumpa berdepan untuk sesi yang pertama. Eba ada menyuruh aku menjawab soal selidik DASS, katanya prosedur biasa. Ternyata keputusan ujian menunjukkan emosi dan mental aku bermasalah...
Banyak perkara yang kami bincangkan. Eba juga ada mencadangkan beberapa cara untuk aku atasi kelemahan aku. Kata eba, aku ada beberapa kelemahan ketara, antaranya tekanan kerja, sikap panas baran, sikap non-asertif. Panas baran aku bukan baru, dari kecil aku sudah sedar akan masalah ini. Baru-baru ini sikap panas baran aku sudah kritikal. Kerana terlalu marah akan adik dan emak, hanya kerana lambat lepas aku pesan berkali-kali jangan terlalu lama di pasar raya, aku tak mampu mengawal darah yang mendidih, cuma syukurnya hanya mulut aku yang bising, tidaklah sampai naik tangan atau kaki. Tapi aku kesal kerana bising kat emak juga :'( aku sepatutnya menghormati emak... Akibatnya, sepanjang petang dan malam, aku menanggung sakit kepala yang amat dan jantung berdegup terlalu laju. Keadaan yang amat tidak menyenangkan...
Aku juga sudah terlanjur memarahi pelajar 2 Mutiara dengan panggilan kepada mereka yang agak keras. Aku sangat-sangat kesal dengan apa yang sudah terjadi. Mujur tadi aku ada terserempak dengan sebahagian mereka di sekolah dan mereka kelihatan seperti sudah lupa akan perkara itu. Ya ALLAH...
Sikap non-asertif pula adalah apabila aku tidak mampu menyatakan perasaan sebenar aku kepada orang lain. Apabila orang lain meminta tolong kepada aku, aku sedar aku tak mampu untuk membantu, tetapi kerana tidak sampai hati mengatakan tidak atau tiada kekuatan untuk mengatakan tidak, aku terus mengatakan ya. Kemudian hidup dalam tertekan untuk menyempurnakan permintaan tersebut. Terlalu kerap aku begitu. Pernah sekali, aku bergaduh dengan budak rumah kerana terlanjur berjanji ingin sebilik dengan dia untuk menyewa bilik kerana permohonan untuk asrama tidak diluluskan. Hakikatnya aku ingin sebilik dengan orang lain. Sebenarnya, aku boleh saja mengatakan aku ingin sebilik dengan yang lain, tentu dia faham. Semuanya kerana kelemahan aku..... Alhamdulillah, mujur permohonan rayuan asrama kami diterima, maka isu sebilik tidak lagi menjadi masalah lagi.
Jika kepada sesiapa yang membaca entry ini ada masalah yang sama, ada beberapa cadangan penambahbaikan (cewah hahaha). Setelah aku google, ternyata kaedah Rasulullah paling terbaik untuk masalah panas baran. Hari ini permulaan minggu baru persekolahan di Johor dan juga Kedah, Kelantan, Terengganu. Aku mencuba dan ALHAMDULILLAH keadaan aku lebih baik. Apabila aku berasa marah, aku diam. Jika berdiri, aku duduk. Aku cuba ingat, Rasulullah cakap orang yang kuat adalah orang yang boleh kawal marah. Aku terus senyum dan fikirkan pelajar yang bising bukanlah satu masalah yang besar. ALHAMDULILLAH, YA ALLAH mudahkanlah urusan aku. AMIN...
Eba juga ada bagi cadangan, tulis dan tampal nota-nota seperti 'JANGAN MARAH', MESTI ASERTIF!, BAWA BERTENANG di cermin atau beg duit. Tempat-tempat yang akan kita selalu tengok supaya kita sentiasa ingat.
Bukan mudah tapi tidak mustahil untuk aku kembali menjalani hidup dengan kesihatan emosi dan mental yang baik. Perlu bermula dari sekarang!!! Hidup perlu lebih positif. Apalah sangat masalah aku ini berbanding mereka-mereka di Palestin, Syria, Mesir, Selatan Thailand dan Rohingya yang hari-hari hidup dalam negara berhujankan peluru.
Jom kembali positif kerana ALLAH!

Saturday, February 1, 2014
Kematian yang menemukan semula…
Assalamualaikum,
Sejak akhir-akhir ni line internet brukband maxis ni
sangat-sangat la slow. Geram dibuatnya. Memanglah tak banyak gigabite nya, 3gb
je, tapi agak-agaklah, sebelum ni pun memang tahan diri dari tengok video dan
download sebab tak nak slow di belakang hari. Tapi ni melampau sungguh, tak
tengok dan download pun line sangat slow. Ayooo, belum mampu lagi nak langgan
line internet yang lebih besar dan tentunya lebih mahal la, ke aku yang tak
pandai survey line internet lain yang boleh dapat kapasiti lebih besar dengan
harga yang lebih kurang sama???
Macam-macam dalam kepala ni perancangan untuk update blog,
tapi kekangan masa menafikan semuanya. Sampai jadi lupa isu apa dan yang lebih
penting, mood untuk isu tu da tak ada.
Sabtu lepas, 25 Januari 2014, sahabat aku yang sama-sama
berjalan kaki pergi sekolah agama Johor kehilangan ayahnya, lepas koma lebih
kurang 2 hari kerana jatuh tangga ketika sedang bekerja. Aku kenal ayah dia,
kami tinggal setaman sebelum ini. Sebenarnya lepas sahabat aku ni kahwin syawal
2012, aku terus terputus hubungan dengannya. Bukan salah aku, dia yang tukar
nombor tanpa memberitahu aku. Katanya there was an accident that she had to
change her phone number and lost mine. April tahun lepas ada juga aku
terserempak dengan adik dia kat klinik kesihatan, masa tu adik dia tunggu hari
nak bersalin. Aku minta nombor dia yang baru, katanya tak disimpan pula…
adiknya ada memberitahu yang sahabat aku tu sudah berbadan dua lebih kurang 3
bulan kandungan.
Jadi lepas dapat tahu kematian ayahnya daripada kawan
sekolah dulu yang juga dapat tahu daripada kawan sekolah aku yang lain, yang
ada pertalian saudara dengan sahabat aku ni, aku mengambil keputusan untuk
pergi berziarah pada keesokan harinya.
Ketika ini aku menjadi guru ganti di sekolah aku menjalani
latihan mengajar dulu. Jadi aku rancang lepas balik sekolah hendak terus ke rumah
dia. Excited ni, dari pagi tak sabar nak balik sekolah. Maklum, lebih setahun
tidak mendengar khabar.
Dia seakan tidak percaya aku di hadapannya. Berkali-kali
mengulang ayat yang sama, tak percaya aku berada di hadapannya. Dia masih tidak
berubah, dari segi fizikal dan tabiat menggigit kuku, walaupun sudah menjadi
ummi kepada muslimah comel berkulit putih yang dikenalkan kepada aku. Serta merta
aku seperti mahu ingin menangis, menyedari hakikat, betapa aku rindu dia dan
paling ketara, aku rindu kenangan lalu ketika bersekolah di SEDAR, Muar dan
ketika bersekolah agama Johor di Sungai Abong, Muar.
Sejujurnya, aku ingin sama-sama mengingat kembali kenangan
bersekolah sama-sama dulu, tapi mungkin tidak relevan isu itu ketika pertemuan
ini. How time flies… dia sudah menjadi ummi… seakan sukar ingin menjamah
hakikat itu kerana mental aku masih tidak matang seperti umur. Salah satu
buktinya, aku mengungkit kepadanya bahawa selepas ini, jika terputus hubungan
lagi, aku akan terus berhenti mencarinya!
Dan dia masih lagi juga seperti dulu,
mengalah dengan aku dan terus senyum sambil menggangguk faham.
Salah satu kerisauan dia adalah aku sudah berkahwin dan
tidak menjemputnya. Tahu pun! Senyapkan diri lagi siapa suruh. Dia beruntung
aku belum lagi berkahwin (boleh??? Hahaha) Aku rindu kenangan jalan kaki pergi
sekolah agama dengan dia. Kami akan bercerita macam-macam perkara. Lepas sekolah
aku menyambung diploma di Melaka dan dia di Pahang. Biasanya bila sama-sama ada
di Muar, kami akan keluar makan malam kat warung depan taman kami. Biasanya pekena
mee bandung Muar makcik Misah.
Aku kagum dengan dia dalam banyak perkara,
terutamanya dari segi redha dan bersyukur. Adik beradik dia ramai, 9 orang
kesemuanya. Bukanlah dari keluarga yang berada dan anak sulung, tak pernah aku
dengar dia merungut. Malah sering bersyukur, selalu buat aku malu kerana aku
selalu merungut tak ada itu dan ini. Kematian ayahnya membawa satu rahmat, kami
kembali berjumpa.
Katanya dia ingat lagi sms terakhir aku kepadanya sebelum
dia tukar nombor baru, ‘How’s life after married?’ Masa tu tak ada kredit untuk
membalas, katanya. Setelah setahun lebih sms itu dihantar, dia masih ingin
membayar hutang pertanyaan itu, ‘No life without married’.
Much love,
NJ :)
Subscribe to:
Posts (Atom)