Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Wednesday, March 2, 2011

Half full or half empty

Assalamualaikum,

Is the glass half empty or half full? is a common expression, used rhetorically to indicate that a particular situation could be a cause for optimism (half full) or pessimism (half empty); or as a general litmus test to simply determine if an individual is an optimist or a pessimist. The purpose of the question is to demonstrate that the situation may be seen in different ways depending on one's point of view and that there may be opportunity in the situation as well as trouble. This idiom is used to explain how people perceive events and objects. Perception is unique to every individual and is simply one's interpretation of reality. The phrase "Is the glass half empty or half full" can be referred to as a philosophical question.

Don't be fooled, these bombastic words are not mine, but straight away copy pasted from the wikipedia :)

Perkara yang ingin aku sampaikan ialah, gelas kita semua tidak selalunya penuh, terdapat beberapa keadaan yang mungkin mengambil setitik, mungkin sehirup atau lebih parah lagi seteguk air dalam gelas kita. Kadang-kala kita terkapai-kapai lantaran betapa kering kontangnya gelas tersebut. Patah hati, kehilangan insan tersayang, antara contoh terbaik. Jadi apa yang patut kita buat?

Sebagai seorang Muslim, sudah tentulah kita perlu kembali kepada Pencipta kita yang Maha Agung.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
( Surah Al-Baqarah : 45)

Ya, aku faham ia tidak semudah ucapan di bibir. Aku juga terasa payahnya. Tapi anggaplah ayat ini sebagai ubat,

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
( Surah Ali Imran : 139)


"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah Al-Insyirah : 5 - 6)

Sejujurnya, aku sangat sedih, kecewa, patah hati ketika ini. Teringat kata-kata J.M Hougland dalam cerita 'Just A Dream' pasal Half full Half empty ni... Kata-kata dia di perenggan ketiga tu :)

Anggaplah entry kali ni sebagai ubat untuk kamu semua yang membaca dan terutamanya untuk aku sendiri yang menulis kembali semua kata-kata yang indah ini.

Patah hati - Saujana (my feveret)

So, which glass are you?

Much love,
NJ :)

Sunday, February 27, 2011

'Ibrah perjalanan ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum,

ALHAMDULILLAH, perancangan hampir setahun lalu untuk bercuti dengan housemate termakbul 5 Februari yang lalu. Perancangan asal ialah ke Genting Highland, tapi kerana beberapa alasan, lokasi ditukar (syukur sangat-sangat hahaha). Idea original untuk ke Pulau Pangkor datang daripada Dilah Aziz dalam kelas Pandu Puteri!

Kami pergi 7 orang dengan kos seorang RM150 untuk penginapan (2 hari 1 malam), makanan, aktiviti sepanjang di Pangkor dan tambang pergi balik. Oleh kerana perjalanan pulang dari Lumut-Ipoh kami menaiki bas yang 'sangat selesa dan murah', ditambah lagi boleh pulak bas tersebut tidak turunkan penumpang di Stesen Bas Medan Gopeng, Perak sebaliknya di Shell Ipoh, kami perlu korbankan duit kami untuk menaiki dua teksi (sebab 7 orang) yang setiap satu tambangnya RM12 untuk ke Stesen Bas Medan Gopeng, oleh itu budget kami lari. Jadi untuk makan malam hari tersebut kami perlu menambah lagi seorang RM4.

Despite what happened, kami tetap gembira dan sangat berpuas hati dengan trip ni. Dugaanlah yang mewarna sempurnakan perjalanan ini bila dikenang kembali (walaupun masa kejadian makian berbakul hahaha). Perjalanan pulang dari Lumut-Ipoh dengan bas P**** ***d**** memang menduga iman, ditambah lagi dengan caj harga makanan malam kami sebelum itu yang mencecah RM60 untuk hanya 2 set tomyam seafood, 2 set kailan ikan masin, 2 set telur dadar, 7 pinggan nasi dan 5 cawan air laici dan yang paling menyebabkan kami diserang penyakit jantung ialah satu jug air teh o ais RM10!


 Alas perut sebelum sampai Pulau Pangkor
 Inilah basnya, terbaik aok!

Jeti feri untuk ke Pulau Pangkor
 Satu-satunya penginapan yang ada kolam renang di Teluk Nipah. Terbaik!

 Hajat di hati nak jumpa Nemo yang sebenar...

Aktiviti Island Hoping dan Snorkling- RM15 seorang
Air warna hijau, sangat cantik!
Nampak tak batu tu bentuk ikan paus, dengan mulutnya dan pokok di atas macam air yang terpancut dari atas badannya, SUBHANALLAH. 

Yang ini pula bentuk kepala buaya dengan mulut seperti sedang makan sesuatu. What a landscap!
Yang ini pula bentuk seperti penyu
 Kilang Sate Sotong, Ikan  

Replika Tembok Besar China
Kubu Belanda
Batu Bersurat
Sesuatu untuk diri sendiri :)
Sebelum berhenti, nak puji surau dan bilik air di Jeti Pulau Pangkor. Memang cantik dan bersih, selesa! Malangnya terlupa nak ambil gambar. Kesimpulannya, kami seronok dan berpuas hati, syukurlah...

Much love, 
NJ :)  

Friday, February 25, 2011

tu es belle ;)

Assalamualaikum,

Tidak dinafikan manusia memang suka akan perkara-perkara yang cantik. Orang, barang, pemandangan... semua nak yang cantik-cantik. Tapi definisi cantik tak sama bagi semua orang. Macam orang putih ada cakap, Beauty is in the eyes of the beholder ;)

Perkara ni termasuklah dalam kes miss universe dan miss world. Tak semua orang setuju dengan pemenang tempat pertama setiap kali diadakan. Lebih-lebih lagi apabila orang kulit hitam yang menjadi juara, orang-orang Asia memang tak boleh terima, lagi-lagi dari Malaysia (hehehe). Bagi mereka definisi cantik mesti putih. Tapi apa ada pada putih? (sebab aku hitam huhuhu)

Hakikatnya ALLAH menciptakan kita makhluk di muka bumi ini bermacam-macam jenis. Itu tanda KEKUASAAN dan KEBESARANNYA... Jadi, janganlah dihina makhluk-makhluk yang dikatakan tidak cantik ini - nasihat untuk aku juga ;) Mereka juga punya hati dan perasaan. Aku faham apa yang mereka rasa kerana aku juga tergolong dalam golongan itu.

Tidak mengapalah tidak cantik di mata manusia, biarlah ALLAH pandang kita dengan pandangan yang penuh kasih sayang lantaran taatnya kita kepada DIA. AMIN... Masalahnya sekarang ini, bagaimana pula sudahlah manusia pandang hina, ALLAH juga melaknat? NA'UZUBILLAH...

Jadi apa maksud tajuk entry kali ni? Tu es belle = Awak cantik ;)
Hensem pula? Tu es beau :)

Seronok belajar bahasa Perancis ni hehehe

Untuk aku dan semua, selamat beramal!

Much love,
NJ :)

Walaupun shrek ialah sejenis ogre, tapi dia baik, tidak hipokrit dan menerima orang lain seadanya... Fiona juga begitu, sanggup meninggalkan wajahnya yang cantik dan menjadi ogre untuk selama-lamanya untuk bersama-sama suami tercinta :)

Monday, February 7, 2011

i just can't let go...


Assalamualaikum,

Today i'm about to reveal my biggest weakness ever... i simply can not let go...

Everyday i suffered the pain, the pain of holding the past in my mind...

Sometimes i think i have been released from being the all-time prisoner of my past, but then, i figured, i still...

People can call me crazy, that's fair enough.

i don't know what else i can do to free myself from this mental problem :'(

When the illness got worse, i just lying on my bed, staring at the sky by the window, hoping there will be an exit for me to be mentally healthy again...

Who am 'i'?

Much love,
NJ :)

Monday, January 24, 2011

Perlu ke...?

Assalamualaikum,

Tersebutlah kisah, seorang hamba ALLAH yang hina lagi dina di mata manusia dan PenciptaNYA, sangatlah berdosa lantaran perlakuan diri yang jarang-jarang sekali berlandaskan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Jangan dikatakan membaca Al-Quran, solat juga hanya ketika hati terasa ingin melakukannya, ASTAGHFIRULLAH. Tetapi Hidayah adalah milik ALLAH jua. DIA berkuasa mengurniakan HIDAYAHNYA kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Dengan izin ALLAH jua, hamba ALLAH ini ingin berubah. Maka hari itu hamba ALLAH ini terasa perlu  menunaikan semula solat sudah lama tidak ditunaikan. Hamba ALLAH ini ke bilik air, hajat di hati ingin mengambil wudhu'. Syukur dia masih mengingati lagi tuntutan agama yang perlu dipenuhi itu sebagai syarat sebelum bersolat itu.

Selesai berwudhu', dia mula mengenakan pakaian solat yang popular di kalangan muslimat di Malaysia dan Indonesia, telekung. Belum pun terbuka mulut untuk melafazkan niat solat Zohor tengahari itu, secara tiba-tiba, entah dari mana, muncul kakaknya bertanya soalan, "Sejak bila pulak kau sembahyang ni?"

Terkadang aku berfikir, ada di dunia ini manusia yang sanggup berkelakuan dan bermentaliti seperti kakak kepada Hamba ALLAH ini... Perlu ke bertanya soalan sesinis itu kepada insan yang ingin berubah ke arah kebaikan? Perlu ke menimbulkan rasa malu insan lain yang sedar selama ini dirinya sudah banyak melakukan dosa? Perlu ke???

Untuk aku dan semua, selamat beramal!

Much love,
NJ :)

Thursday, January 20, 2011

Kematian...

Assalamualaikum,

Semalam lebih kurang pukul 1 pagi aku terima sms daripada kawan sekolah dulu. Katanya ayah kepada kawan kami semasa sama-sama menengah rendah dulu meninggal dunia jam 11 mlm tadi. Aku jadi tersentak. Berita kematian memang selalunya memeranjatkan orang, apatah lagi jika arwah tersebut baru sahaja ditemui dan masih sihat walafiat ketika itu. Kawan aku ini sudah lama aku tidak ketemu walaupun rumah kami dekat. Beliau sudah bekerja di Kuala Lumpur, dan aku masih belajar di Perak, jadi masa untuk sama-sama berada di kampung halaman tidak selalunya sama. Tapi aku sering mengikuti perkembangan beliau di Facebook. Ya ALLAH kurniakanlah beliau ketabahan hati menerima ketentuanMU ini ya ALLAH. AMIN...

Ujian kematian insan yang disayangi apatah lagi ahli keluarga terdekat memang memeritkan. Terkadang serasa-rasa tidak mampu untuk ditanggung rasa rindu yang amat mendalam. Moga-moga rahmat ALLAH diberi untuk kesempatan bertemu abah dan abangku Amir di AKHIRAT sana. AMIN...

Kadang kala terasa baru semalam abah pergi tinggalkan dunia ini walau pun sudah menjangkau setahun peristiwa itu berlaku dan terkadang terasa seperti sudah lama sungguh abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Rasa macam tak percaya sudah setahun kami hidup tanpa abah di sisi. Tak sangka begini kuat kami hadapi dugaan ALLAH ini. Benarlah firman ALLAH,

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah Al-Baqarah : 286)

Astaghfirullah, walaupun begitu, aku tak mampu nak menafikan yang aku masih lagi menangis apabila memori bersama abah dulu datang menyinggah di benak fikiran. Sometimes the past just catches up with you whether you wanted it to or not, it's silly...-petikan kata-kata Mr Egecomb lakonan Tom Hanks dalam The Green Mile-

Tak dinafikan sifat pelupa ada membantu untuk tidak terus menangis. Kakakku nasihat, janganlah lupakan mereka, arwah abah dan abangku, kita kena ingat mereka, doakan mereka. YA ALLAH, terkadang aku tak mampu menahan rasa sedih yang amat apabila menengenangkan mereka. Rasa rindu yang amat sangat... :'(

Abah selalu telefon aku kat sini. Tanya khabar aku, tanya aku dah makan ke belum, makan apa tadi... Kadang rasa malu sebab abah lagi kerap telefon aku daripada aku yang menelefon abah. Abah memang selalu ingat anak-anak. Bermula daripada akak, arwah amir, ejam dan kemudian aku yang pernah keluar daripada rumah untuk menuntut ilmu, abah tak sesekali lupa untuk sering telefon bertanya itu ini. Terkadang missed juga minggu tersebut tidak terima panggilan telefon daripada abah, masa itu aku akan rasa lain dan aku pula yang akan telefon abah. Abah selalu bagi nasihat, tenteramkan hati ini di kala risau... Benar, aku sangat-sangat rindu saat dan ketika itu... :'(

Abah, jika diberi peluang memilih abah sendiri, aku tak ragu-ragu memilih abah. Abah tak ada tolok bandingnya. Abah dan emak perkara terbaik pernah terjadi dalam hidup ini.

Ya ALLAH, tempatkanlah abah syurga FirdausMU, balaslah segala amalan baik abah kepada kami sekeluarga dan amal ibadah abah kepadaMU selama ini dengan sebaik-baik pembalasan. AMIN...

Much love,
NJ :)

Sunday, December 19, 2010

Hayya 'alas solah

Assalamualaikum,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Barangsiapa yang memelihara dan mengekalkan solat fardhunya nescaya dimuliakan oleh ALLAH dengan 5 perkara:
1.       Dilapangkan rezekinya pada masa hidupnya
2.       Diringankan azab kuburnya
3.       Diberikan suratan amalnya dengan tangan kanan dan dimudahkan hisabnya
4.       Terselamat di titian Siratulmustaqim
5.       Dimasukkan ke dalam syurga

Barangsiapa yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan:

6 seksa di dunia
3 seksa ketika nazak
3 seksa di dalam kubur
3 seksa ketika dibangunkan semula

Di dunia
1.       Tiada berkat hidupnya
2.       Hilang tanda-tanda orang salih daripada mukanya
3.       Tergantung segala pahala daripada amal kebajikannya
4.       Tiada dikabulkan oleh ALLAH doanya
5.       Tiada mendapat doa daripada orang-orang salih
6.       Mati tiada beriman

Ketika nazak
1.       Mati dalam kehinaan
2.       Matinya terasa sangat lapar
3.       Matinya terasa sangat haus/dahaga

Kubur
1.       Disempitkan kuburnya hingga terasa himpitan tanah kuburnya
2.       Kuburnya tersangat panas
3.       Berasa sunyi dan berasa takut yang amat dahsyat

Apabila dihidupkan semula
1.       Dihitamkan mukanya
2.       Dibelenggu dan dirantai oleh malaikat azab
3.       Dipagut oleh ular-ular bisa dari neraka