Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Monday, June 27, 2011

Apabila soalan yang tidak sepatutnya ditanya, ditanya…


Assalamualaikum,

Cuti semester kali ini memang panjang. Lebih dari 4 bulan panjangnya. Dan untuk aku yang tidak mengambil peluang akan semester khas yang dibuka sepanjang cuti ini, peluang lain yang terbuka adalah dengan bekerja sementara mencari duit jajan.

ALHAMDULILLAH, rezeki berpihak kali ini, aku berpeluang untuk bekerja di tempat membuat kuih raya. Maklumlah sudah Rejab, tak lama lagi berpuasa, kemudian berayalah kita J Jauh di sudut hati bersyukur kerana tempat kerja dekat sangat dengan rumah (bolehlah jalan kaki je hehehe) dan boleh memilih untuk hanya bekerja separuh masa (part time).



Oleh kerana baru setahun setengah menetap di kejiranan ini, jadi memang tidak kenal seorang pun yang bekerja di situ kecuali Imah, kawan yang dikenali masa kebetulan satu bas yang sama pulang beraya tahun lepas. Tak sangka ada kawan yang belajar di tempat yang sama dan dalam masa yang sama tinggal juga di taman perumahan yang sama. Sebenarnya sebelum cuti lagi kami sudah sepakat hendak bekerja bersama-sama. Tidaklah kekok sangat kan bila ada kawan sekali bekerja di tempat yang sama.

Jadi sambil-sambil menggentel kuih, menabur kacang badam atau menyapu kuning telur di atas kuih raya tersebut, mulut ini pun diringan-ringankanlah untuk berbual. Mana tahu boleh menambah kenalan. Hendak dijadikan cerita, satu hari ni, duduklah di sebelah seorang perempuan yang daripada mukanya dapatlah dibuat kesimpulan sudah habis sekolah, ditambah lagi dengan solekan di wajahnya. Mengikut perkiraan dalam lingkungan 18-21 tahun. Dalam banyak-banyak soalan kat dunia ni, soalan ni yang terpacul keluar… Memang pelik kadang-kadang perkataan yang keluar daripada mulut kita ni.

“Masa sekolah dulu amik aliran pe?” Itulah soalan yang keluar. Tanyalah, dulu sekolah mana ke, duduk mana ke… ada perkataan yang keluar daripada mulut dia, tapi telinga ini tak dapat tangkap. Lepas itu dia terus mengatakan sakit perut. Tiada lagi soalan yang ditanya melihatkan keadaan dia yang mungkin tak selesa untuk berbual.

Beberapa hari kemudian, salah seorang pekerja di situ memberitahu yang budak perempuan itu sebenarnya berhenti sekolah ketika tingkatan dua atau tiga. Atas alasan apa tidaklah diketahui. Dia memberitahu itu kerana mendengar perbualan kami tempoh hari. Alamak! Aduh soalan apa yang aku tanya hari tu… patutlah dia macam tak berminat nak menjawab. Sekarang ni rasa macam malu pulak nak berdepan dengan dia. 



Teringat pula kisah lebih kurang tiga tahun dulu masa baru sahaja selesai belajar diploma. Sempat bekerja selama 6 hari di kilang kuih raya juga. Sebab apa 6 hari je? Masa tu kerja dengan masa yang lebih panjang dan tempat kerja jauh dari rumah. Masa tu arwah abah yang menghantar dan menjemput. Oleh kerana tidak larat dengan kerahan tenaga tersebut, maka cukuplah hanya 6 hari hehehe. Selama 6 hari bekerja, sempat jugalah berkenalan dengan beberapa kakak-kakak. Tetapi memang biasanya teringatkan kisah seorang kakak yang sekarang ini berusia awal 30 an. Lupa pulak apa nama beliau tapi beliau memang mudah mesra dan selalu tersenyum. Sejuk mata pandang muka beliau. Jadi kebetulan satu hari ni berkesempatan bekerja bersebelahan dengan beliau. Kerja kerahan tenaga ni biasalah kan, tak statik satu tempat je, mana ada kerja, kat situlah kita pergi.

Arah perbualan kami bermula apabila akak ni bertanya sama ada diri ini sambung belajar atau tidak. aku menjawab baru je habis diploma kat poli. Dia menyambung, katanya baguslah sambung belajar. Seronok sebenarnya belajar ni. Aku senyum je sambil menjawab, kadang-kadang tension juga. Beliau membalas pula yang bersyukurlah dapat sambung belajar, akak dulu tak berkesempatan. Entah kenapa aku jadi tertarik nak mengheret perbualan ni lebih jauh sebab macam best je kan ceritanya.

Maka bermulalah kisah dimana akak ni sebenarnya pelajar MRSM Jasin Melaka. Pelajar straight A SPM dan mendapat A1 dalam kertas Bahasa Inggeris 1119. Hampir melopong jugaklah mulut ni dengar. Habis tu apa dah jadi? Akak ni berasal daripada keluarga yang susah. beliau nak sangat mengambil course Sains Komputer. Tetapi sebab kekurangan duit untuk mendaftarkan diri ke university, beliau membatalkan sahaja hasrat di hati. Sebabkan frust tak dapat sambung belajar, terus bekerja di kilang, bertemu dengan suami beliau sekarang dan berkahwin pada umur 19 tahun! Walau apa pun, sekarang akak ni bahagia dengan suaminya dan 4 orang anak kalau tak silap. Mungkin dah bertambah sekarang.

Kagum sangat dengan sifat bersyukur akak ni. Dia sangat bersyukur mendapat suami yang penyayang dan baik bersama-sama anak-anak yang hebat. Nak pe lagi kan? Kerana akhirnya kebahagiaan ini juga yang kita cari.

Mungkin sudah rezeki akak ni begitu. Tetapi jika akan datang terjadi juga perkara yang sama, janganlah terus berdiam diri dengan keadaan hidup begitu. Bantuan boleh dimohon kan melalui Ketua Kampung ke, mohon zakat ke, Wakil Rakyat kawasan yang dah diundi menang ke. Satu kerugian apabila seorang yang begitu bijak dan bersemangat untuk belajar dibiarkan begitu sahaja.

Kadang-kadang kita rasa kita kenal seseorang itu dengan hanya melihat dia sahaja, mungkin juga kita silap. Setiap manusia mempunyai rahsia dia yang tersendiri, dan semua orang berhak akan rahsia dirinya. Best kan kata-kata tu, baru-baru ini ada tengok satu cerita ni, tapi tak ingat pulak drama ke filem apa.


Much love, 
NJ :)

Walimatul urus…

Selamat Pengantin Baru - Hijjaz


Assalamualaikum,

Setiap kali menjelangnya musim cuti sekolah, kad jemputan walimatul urus memang biasanya agak kerap diterima. ALHAMDULILLAH itu tandanya kita masih diingati oleh sanak saudara dan rakan taulan. Itu juga bermakna banyak lagi ‘masjid’ yang akan dibina dan insyaALLAH bertambahlah umat Nabi Muhammad di muka bumi ini. Sesungguhnya Rasulullah bergembira dengan ramainya umat Beliau di akhirat nanti. Siapa tahu, bakal ulama terulung atau pahlawan hebat yang tidak gentar berjihad di jalan ALLAH akan dilahirkan. AMIN… (bersemangat semacam pulak ye hehehe)

Begitu juga cuti sekolah pertengahan tahun yang lalu. Tetapi ada satu kad walimah yang istimewa aku terima kali ini. Sekarang ini kad jemputan kahwin tidak lagi hanya atas nama mak atau abah. Nampaknya aku sudah sampai fasa seterusnya dalam hidup, fasa untuk berkahwin hehehe. Kad jemputan ini aku terima daripada sahabat baik yang dikenali ketika sama-sama berjuang mendapatkan diploma di Politeknik Merlimau dahulu. Tahniah kakakku, Norafizah Mukhtar yang sudah pun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Fariz, 11 Jun yang lalu.


 Dalam kelas Diploma Pemasaran Politeknik Merlimau sesi Jun 2005 hingga Januari 2008 dahulu setakat ini sudah 3 orang sudah selamat diijabkabulkan dan kami sudah mendapat seorang anak buah daripada Azza

Seronok sebenarnya menghadiri majlis kenduri kahwin kawan ni. Eh macam bertentangan je kan dengan entry sebelum ni huhuhu. Seronok apabila menghadiri majlis kenduri kahwin kawan yang baik, rapat dan tidak tengok kita ketika berbual dengan pandangan yang semacam…

Cuma agak terkilan tidak berkesempatan berjumpa dengan Ayu Husin, Cik Yat dan Poci. Rindu kamu semua, lama sudah tidak berjumpa kan. Walau apa pun, dapat bertemu dengan Kak Med, Maya dan sudah tentunya si pengantin, Kak Fiza pun sudah mampu menghilangkan rindu untuk berbual, bergelak tawa macam masa dulu-dulu…

Giliran siapa pula lepas ni ye…? Masing-masing nampaknya sudah berteman. Cepat-cepatlah booking Tok Kadhi hehehe. Sempurnakan separuh agama tu...


Much love,
NJ :)

Sunday, June 26, 2011

Gelak ketawa Jumaat malam…


Assalamualaikum,

Tahniah kumpulan Sepah kerana menjadi juara pertama Maharaja Lawak 2011. Korang memang hebat! Orang Johor kan… hehehe. Secara peribadi, Sepah satu-satunya kumpulan yang konsisten dalam membuat lawak setiap minggu. Kumpulan Jambu dan Jozan memang kelakar, itu tidak dinafikan, tetapi ada beberapa minggu dimana persembahan mereka tidak menjadi. Contohnya Jozan ketika minggu pertama dan Jambu ketika minggu kesebelas dan kedua belas.

Tetapi kini Jumaat malam yang bermula April lalu ditunggu-tunggu sudah kurang serinya… ditambah lagi Imam Muda II juga akan sampai ke kemuncaknya minggu depan… sedih pulak rasanya huhuhu…

Aku akan merindui program Maharaja Lawak… sebelum ini bangun tidur tengok Maharaja Lawak, makan tengahari tengok Maharaja Lawak dan sebelum tidur pun tengok Maharaja Lawak… mana taknya, ulangan ML setiap Isnin hingga Khamis pukul 7.00 pagi, 2.00 petang dan 10.00 malam. Dan bila hari Jumaat sudah tentunya siaran langsung.

Secara peribadi, aku paling suka minggu ketiga iaitu minggu muzikal. Hampir semua peserta menampilkan persembahan terbaik, walaupun Amir dengan lari tempo saje! Paling best persembahan minggu tersebut ialah Alex, Man, Jozan dan sudah tentunya Sepah.

Apa yang pasti, aku akan merindui malam-malam hari jumaat dengan ML sebelum ini…

Persembahan Alex minggu ke 3

Persembahan Sepah minggu ke 9

Persembahan Sepah minggu ke 6 (my personal favourite)

Jep : Sebelum makan baca doa. Angkat tangan!

Jep, Shuib dan Mamat angkat tangan, bersedia untuk membaca doa makan, tetapi Mamat mengangkat kedua belah tangan seperti pesalah jenayah yang ditahan pihak polis.

Jep : Kenapa angkat tangan macam tu?

Mamat : Habis dah ko cakap angkat tangan?

Jep: Kita ni nak jujur boleh, tapi jangan bengap
  
Muahahahahahahahahahaha!!!

Much love,
NJ :)