Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Thursday, January 20, 2011

Kematian...

Assalamualaikum,

Semalam lebih kurang pukul 1 pagi aku terima sms daripada kawan sekolah dulu. Katanya ayah kepada kawan kami semasa sama-sama menengah rendah dulu meninggal dunia jam 11 mlm tadi. Aku jadi tersentak. Berita kematian memang selalunya memeranjatkan orang, apatah lagi jika arwah tersebut baru sahaja ditemui dan masih sihat walafiat ketika itu. Kawan aku ini sudah lama aku tidak ketemu walaupun rumah kami dekat. Beliau sudah bekerja di Kuala Lumpur, dan aku masih belajar di Perak, jadi masa untuk sama-sama berada di kampung halaman tidak selalunya sama. Tapi aku sering mengikuti perkembangan beliau di Facebook. Ya ALLAH kurniakanlah beliau ketabahan hati menerima ketentuanMU ini ya ALLAH. AMIN...

Ujian kematian insan yang disayangi apatah lagi ahli keluarga terdekat memang memeritkan. Terkadang serasa-rasa tidak mampu untuk ditanggung rasa rindu yang amat mendalam. Moga-moga rahmat ALLAH diberi untuk kesempatan bertemu abah dan abangku Amir di AKHIRAT sana. AMIN...

Kadang kala terasa baru semalam abah pergi tinggalkan dunia ini walau pun sudah menjangkau setahun peristiwa itu berlaku dan terkadang terasa seperti sudah lama sungguh abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Rasa macam tak percaya sudah setahun kami hidup tanpa abah di sisi. Tak sangka begini kuat kami hadapi dugaan ALLAH ini. Benarlah firman ALLAH,

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah Al-Baqarah : 286)

Astaghfirullah, walaupun begitu, aku tak mampu nak menafikan yang aku masih lagi menangis apabila memori bersama abah dulu datang menyinggah di benak fikiran. Sometimes the past just catches up with you whether you wanted it to or not, it's silly...-petikan kata-kata Mr Egecomb lakonan Tom Hanks dalam The Green Mile-

Tak dinafikan sifat pelupa ada membantu untuk tidak terus menangis. Kakakku nasihat, janganlah lupakan mereka, arwah abah dan abangku, kita kena ingat mereka, doakan mereka. YA ALLAH, terkadang aku tak mampu menahan rasa sedih yang amat apabila menengenangkan mereka. Rasa rindu yang amat sangat... :'(

Abah selalu telefon aku kat sini. Tanya khabar aku, tanya aku dah makan ke belum, makan apa tadi... Kadang rasa malu sebab abah lagi kerap telefon aku daripada aku yang menelefon abah. Abah memang selalu ingat anak-anak. Bermula daripada akak, arwah amir, ejam dan kemudian aku yang pernah keluar daripada rumah untuk menuntut ilmu, abah tak sesekali lupa untuk sering telefon bertanya itu ini. Terkadang missed juga minggu tersebut tidak terima panggilan telefon daripada abah, masa itu aku akan rasa lain dan aku pula yang akan telefon abah. Abah selalu bagi nasihat, tenteramkan hati ini di kala risau... Benar, aku sangat-sangat rindu saat dan ketika itu... :'(

Abah, jika diberi peluang memilih abah sendiri, aku tak ragu-ragu memilih abah. Abah tak ada tolok bandingnya. Abah dan emak perkara terbaik pernah terjadi dalam hidup ini.

Ya ALLAH, tempatkanlah abah syurga FirdausMU, balaslah segala amalan baik abah kepada kami sekeluarga dan amal ibadah abah kepadaMU selama ini dengan sebaik-baik pembalasan. AMIN...

Much love,
NJ :)

No comments:

Post a Comment