Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Monday, January 24, 2011

Perlu ke...?

Assalamualaikum,

Tersebutlah kisah, seorang hamba ALLAH yang hina lagi dina di mata manusia dan PenciptaNYA, sangatlah berdosa lantaran perlakuan diri yang jarang-jarang sekali berlandaskan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Jangan dikatakan membaca Al-Quran, solat juga hanya ketika hati terasa ingin melakukannya, ASTAGHFIRULLAH. Tetapi Hidayah adalah milik ALLAH jua. DIA berkuasa mengurniakan HIDAYAHNYA kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Dengan izin ALLAH jua, hamba ALLAH ini ingin berubah. Maka hari itu hamba ALLAH ini terasa perlu  menunaikan semula solat sudah lama tidak ditunaikan. Hamba ALLAH ini ke bilik air, hajat di hati ingin mengambil wudhu'. Syukur dia masih mengingati lagi tuntutan agama yang perlu dipenuhi itu sebagai syarat sebelum bersolat itu.

Selesai berwudhu', dia mula mengenakan pakaian solat yang popular di kalangan muslimat di Malaysia dan Indonesia, telekung. Belum pun terbuka mulut untuk melafazkan niat solat Zohor tengahari itu, secara tiba-tiba, entah dari mana, muncul kakaknya bertanya soalan, "Sejak bila pulak kau sembahyang ni?"

Terkadang aku berfikir, ada di dunia ini manusia yang sanggup berkelakuan dan bermentaliti seperti kakak kepada Hamba ALLAH ini... Perlu ke bertanya soalan sesinis itu kepada insan yang ingin berubah ke arah kebaikan? Perlu ke menimbulkan rasa malu insan lain yang sedar selama ini dirinya sudah banyak melakukan dosa? Perlu ke???

Untuk aku dan semua, selamat beramal!

Much love,
NJ :)

No comments:

Post a Comment