Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Tuesday, May 24, 2011

Mutiara Hikmah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Assalamualaikum,

10 April lepas Rakan Surau Al-Falah Kolej Aminuddin Baki ada menganjurkan Bengkel Penulisan Kreatif: Bersama Mata Pena Melihat Dunia. Bab-bab pasal bengkel penulisan kreatif memang bila keadaan semasa tidak menghalang, tak akan aku lepaskan peluang. Apatah lagi penceramah jemputan adalah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Sebenarnya tak pernah pun baca buku Ustaz, tapi aku suka baca artikel-artikel tulisan beliau dalam Majalah Solusi, dalam laman web iluvislam dan dalam blog Ustaz sendiri di genta-rasa.com.


Tulisan Ustaz terasa seperti kata-kata seorang ayah kepada anaknya. Bahasanya yang lembut, susunan ayat yang menarik biasanya sampai dalam lubuk hati. Terasa keikhlasan Ustaz dalam menulis.

 Ustaz Pahrol Mohamad Juoi


Aku ingin berkongsi input yang aku dapat dalam bengkel tersebut. Ustaz menyatakan penulis adalah pendakwah, murabbi (pendidik) dan pemimpin.  Bila menyebut penulis adalah pendakwah, terasa berat tanggungjawab tu kerana menyedari kelemahan diri yang kadang-kala tidaklah sebaik seperti apa yang ditulis. 

Tetapi Ustaz memberi aku jawapan yang aku cari-cari selama ini, JANGAN MENANTI KESEMPURNAAN PERIBADI UNTUK BERDAKWAH, anggaplah kita yang menulis ini juga MASIH BERMUJAHADAH. Mungkin bukan aku sahaja yang merasakan begini, kita memang minat dalam menulis, dan minat itu kita harapkan tidak dalam bentuk yang sia-sia. Kita mengharapkan kita dapat memberi inspirasi kepada pembaca untuk menjadi lebih baik selepas membaca tulisan kita. Tetapi kita menyedari diri sendiri tidaklah sebaik atau semulia isi tulisan tersebut. Tidakkah kata-kata Ustaz di atas memberi ketenangan kepada kita atas kemusykilan tadi? Bahawa sesungguhnya kita (penulis dan pembaca) sama-sama masih bermujahadah dan bukannya tugas penulis di sini untuk memberi hukum.

Ustaz ada menyebut bahawa, rasa takut akan menjadi riak atau ujub (merasa diri lebih baik daripada orang lain) untuk berdakwah tidak kiralah dalam menulis atau apa sahaja, juga adalah bisikan syaitan. Aku mengharapkan apa-apa tulisan aku yang berbentuk dakwah atau mungkin bahasa yang lebih sesuai untuk aku ialah mengingatkan orang lain adalah satu kegagalan syaitan dalam menghasut aku. AMIN…

TETAPI, hah ada tapinya, Ustaz juga ada pesan, janganlah berbeza sangat dengan apa yang ditulisnya sebab in order to deliver the message, be the message. Ingat, kita semua masih lagi bermujahadah. Aku mengaku memang banyak aku ada terkucil sana-sini…

Ustaz ada pesan kepada yang baru-baru berjinak hendak menulis ni (macam aku), mulakan menulis sekarang! Tulis sahaja. Jangan terus mengharapkan menulis masterpiece. Sebagai permulaan, tulislah dirinya, tulis apa yang diyakini, dirasai dan dialami. Menulis dari hati.

Belajar daripada aliran air ~ Bila air berterusan mengalir, air akan jernih.

Lihatlah hidup daripada kaca mata Pencipta hidup.

Kuak batu yang kecil, makan tepi-tepi.

HambaMU - Mawi & Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Much love,
NJ :) 

No comments:

Post a Comment