Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Friday, December 13, 2013

Peperangan dalam diri

Assalamualaikum,

Rasanya semua orang sedang berperang. Kalau pun bukan berperang dalam medan penuh peluru dan senapang AK47, tetapi perang dalam diri, berperang dengan nafsu yang perlu ditundukkan dan iman yang perlu dijunjung. Satu ketika apabila aku membaca semula semua entry dalam blog ni, terasa betapa positifnya diri sendiri. Hakikatnya aku berperang dalam medan yang sering aku kalah, berkali-kali...

Ibrah setelah membaca buku Ustaz Hasrizal Abd Jamil, Di Hamparan Shamrock: Ku Seru NamaMu, kita perlu sedar semua orang ada titik kejatuhan masing-masing. Di sebalik kejayaan yang kita lihat, tersembunyi kegagalan yang menyakitkan. A must read book, highly recommended.


Aku menderita (cewah hahaha) akan anxiety disorder. Well a type of mental disorder. Gangguan mental yang biasa macam rasa resah, bimbang yang melampau sehingga boleh jejaskan kesihatan fizikal dan psikologi seseorang. Menurut Wikipedia, anxiety disorder terbahagi kepada tiga jenis, generalized anxiety disorder, phobic disorder dan panic disorder. Sejak beberapa tahun yang lalu aku menghadapi panic disorder. 

Tekanan yang kuat dan rasa bimbang yang keterlaluan akan mengganggu aku. Pernah satu ketika kedua belah tangan aku menggigil secara tiba-tiba, jantung berdegup dengan laju, tekak terasa loya dan hendak muntah. Serangan secara tiba-tiba ini memburukkan lagi keadaan anxiety disorder aku, aku akan menjadi bertambah panik dan terasa ingin mati. Ya, sangat menyedihkan dan memalukan.

Setelah berjumpa pakar, aku pernah dipreskripsi akan ubat penenang dan ubat tidur. Aku juga pernah dimarahi oleh doktor yang lain kerana mengambil ubat tersebut. Katanya aku tidak memerlukan dadah berdos tinggi tersebut... Bekalan ubat tersebut tidak aku habiskan walaupun mengenangkan harganya yang mahal...

Sejujurnya aku masih sepenuhnya sembuh. Setiap kali peperangan dalam diri terjadi agar kembali tenang dan tidak terus panik bukan mudah. Aku sedar mungkin ada yang baca akan memandang enteng masalah ini, tidak mengapa. Seorang sahabat pernah mencadangkan agar aku menemui pakar psikologi, katanya aku bukan gila, tapi aku perlu bantuan sebelum masalah ini bertambah teruk. 

Ya ALLAH, tolong aku, tolong aku untuk mengatasi masalah ini. AMIN...



Much love,
NJ :)

No comments:

Post a Comment