Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Thursday, November 21, 2013

scoring scoring arsenal!

Assalamualaikum,

Malam ini jiwa aku kacau lagi. Mungkin terbawa-bawa peristiwa petang tadi keberangan dengan company yang suka buat promosi dapur elektriklah, tapis airlah dekat supermarket melalui taktik nak bagi beg atau cawan murah percuma. Aku berang sebab mak suka nak melayan diorang. Buang masa sebab bukan nak beli pun. Silap-silap takut terbeli sebab mulut salesman tu biasanya manis. Okay sampai sekarang terasa berang lagi bila fikir balik.

Jadi malam ni tak ada mood. Sume perkara tak menjadi. Mulut asyik nak mengunyah. Tiba-tiba teringat cd Scoring scoring Arsenal! season 1999/2000 yang aku beli beberapa tahun lepas. Beli kat Wetex Parade Muar sorang-sorang, arwah abang, Amir yang hantar naik motor pergi bandar.

Aku menonton semula cd itu. Teringat kali pertama menontonnya bukanlah cd kepunyaan aku. Masa tu tahun 2002, Amir pinjam kawan dia yang minat Arsenal untuk bagi aku tengok (so sweet). Amir die hard fan Man U. Dia balik hujung minggu tu, masa tu belajar lagi kat UM. Hari itu hari Jumaat. Aku pun tak de mood masa tu. Aku tidur petang lepas waktu asar, bangun lewat ke maghrib. Bangun-bangun terus mandi, lepas tu Amir panggil masuk bilik dia (dengan Ejam) untuk tonton cd tu. Aku dengan berat hati ikutkan je sebab tak nak dia kecik hati da susah-susah pinjam (aku tak suruh pun). Last-last jiwa goonerette tak mampu menipu, aku terpaku leka tonton cd tu. Terima kasih Amir.

ALLAH, aku rindu Amir. Abang yang aku cari sekurang-kurangnya dalam seminggu, ada tiga hari akan telefon atau sms.

Tahun 2010 Malaysia juara Piala AFF Suzuki. Lepas tonton secara langsung kat tv, aku secara spontan hendak sms Amir untuk kongsi rasa gembira. Aku lupa Amir sudah pergi 8 bulan sebelum itu.

ALLAH, terima kasih atas kurniaan abang seperti Amir. Aku hidup selama 22 tahun dengan dia with no regrets. Sejahterakan Amir dan Abah di alam baqa ALLAH. AMIN...

Much love,
NJ :)

No comments:

Post a Comment