Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Friday, November 29, 2013

Sejarah

Assalamualaikum,

Ketika ini adalah fenomena Ahmad Ammar Ahmad Azzam. Kematian yang menghidupkan. Hampir semua orang yang tidak mengenali beliau terasa kehilangan beliau. Bak kata Ustaz Hasrizal, rezeki untuk sang syahid. Baca sini.

Aku pun mengenali beliau setelah kematian beliau. Sungguh, kagum pada usia 20 tahun sudah bermacam bakti dilaburkan sehingga kematiannya dirasai sana-sini. Tapi, jauh di sudut hati aku, ada satu perkara mengenai beliau menarik perhatian. Ahmad Ammar belajar Sejarah walaupun beliau boleh menyambung pelajaran dalam bidang lain yang lebih 'gah', katanya...

Aku sangat meminati subjek Sejarah. Sehinggakan ketika sekolah rendah sudah tidak sabar hendak ke sekolah menengah sebab nak belajar Sejarah. (perasaan yang sama juga untuk subjek bahasa, sebab minat sastera Melayu dan Inggeris). Subjek lain??? Oh no, such a loser. Lagi-lagi matematik dan sains.

Dari zaman sekolah kononnya sudah mengenali tokoh sejarah negara, Prof Emeritus Dato Dr. Khoo Kay Khim dan Dr. Ramlah Adam. Kedua-duanya pensyarah di Universiti Malaya, ketika itulah. Siap bercita-cita nak jadi Cikgu Sejarah, nak jadikan semua anak murid minat Sejarah. Siap yakin boleh buat pelajar yang tak minat Sejarah boleh jadi minat. Ceh!

Sebab itu ketika menjalani latihan mengajar sebelum ini, aku menawarkan diri untuk mengajar Sejarah, selain bidang major aku iaitu Keusahawanan dan Perdagangan. Yakin ni walaupun tidak belajar Sejarah dekat universiti, minor pun bukan Sejarah. Sekali hambekkawww terkulat-kulat jugak nak bagi pelajar dengar leteran kita masa dalam kelas.

Masa sekolah dulu pun subjek Sejarah (selain BM & BI) yang aku akan belajar sungguh-sungguh. Subjek lain tak peduli pun sampailah nak periksa besar macam PMR dengan SPM, baru semua subjek nak tengok sungguh-sungguh. Tapi faham jela bila last minute baru nak study iye-iye kan...

Lepas mengetahui cerita pasal Ammar ni, jadi rindu pulak nak belajar Sejarah balik. Rasa nak sambung Masters dalam bidang Sejarah (tetiba). Tak apalah, belajar bukan hanya dalam kelas kan, mungkin lepas ni kena tukar bahan bacaan daripada hanya fiksyen, kena mula baca buku berunsur Sejarah. Mulakan dengan buku Henry VIII yang beli masa Big Bad Wolf tahun lepas. Dah setahun pun tak baca-baca lagi. Minat Sejarah lah sangat :p

Sebelum ini Ustaz Hasrizal Abd Jamil selalu jadi pembakar semangat untuk terus belajar pasal Sejarah, sebab beliau bukan major Sejarah masa degree, tapi Masters dalam Sejarah sebab minat yang tinggi dalam Sejarah. Sekarang ada seorang lagi, Ahmad Ammar pelajar cemerlang SPM yang pilih bidang Sejarah di Turki walaupun boleh pilih bidang lain tanpa masalah. Salute you guys!!! History rocks!!!

Much love,
NJ :)

No comments:

Post a Comment