Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Wednesday, January 25, 2012

Baca time


Assalamualaikum,

Kali ini aku ingin berkongsi satu buku baik punya untuk dibaca. Di Mana Dia Di Hatiku tulisan Pahrol Mohd Juoi. Buku ini aku tergerak untuk membacanya selepas membaca komen salah seorang AJK bengkel penulisan kreatif yang pernah aku terlibat sebelum ini (lihat entry Mutiara Hikmah Ustaz Pahrol Mohd Juoi) di laman sosial Facebook dimana beliau terkilan tidak dapat memiliki buku ini.

Ditakdirkan ALLAH setelah mencari di merata-rata gerai dan kedai menjual buku, jumpa juga di salah satu gerai ketika Hari Terbuka KHAR Disember lalu.

Buku ini adalah tulisan hati penulisnya terhadap beberapa perkara dalam hidup ini. Tulisan penuh puitis dan mendalam memang mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya. Sudah pasti ramai yang bersetuju dengan aku kerana aku yakin ramai yang membaca tulisan Ustaz Pahrol di dalam majalah Solusi yang aku kira sebagai fenomena ketika ini. Rata-rata semua orang membeli dan membacanya. Satu perkembangan yang sangat-sangat baik kerana Solusi adalah majalah ilmu dunia dan akhirat.

Berbalik kepada buku ini, secara dasarnya (sekurang-kurangnya pada penilaian aku) membicarakan soal di mana ALLAH kita letakkan di dalam hati ini, dan ia akan tergambar di dalam perbuatan kita. Sekiranya segala tindak tanduk kita mengutamakan syariatNYA, maka ALLAH berada di satu tempat paling tinggi dalam hati kita.

Sering kali Ustaz Pahrol merintih akan kelalaian beliau dalam kehidupan berlandaskan agama secara sepenuhnya. Sayu hati membacanya kerana aku tidak pula berasa begitu. Persoalan besar di situ, di mana ALLAH di hati aku sendiri? Jalan mujahadah memang perit, kerana syurga itu manis. Biar kita susah payah di sini, daripada menempuh kesusahan di sana yang jauh lebih azab seksanya.
Aku ingin berkongsi satu perenggan di dalam buku ini yang aku kira sangat menyentuh hati.

Ya ALLAH, aku belum sampai tetapi sungguh….. aku telah memulakan perjalanan. Walau susah sungguh, untuk aku pasrah kepadaMU, penuh seluruh! Lihat aku, kasihanilah aku, kutip aku… wahai Al-A’fu. Ku pohon kepadaMU, cahaya hati…

InsyaALLAH tiada ruginya membeli, membaca dan memiliki buku ini. Harga RM15.00 (tetapi aku diberi diskaun RM2, rezeki) tidak seberapa jika dibandingkan dengan mutiara hikmah yang terkandung di dalamnya.


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya

Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung

Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
Much love,
NJ :) 

No comments:

Post a Comment