Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Monday, January 23, 2012

Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum,

Aku baru sahaja selesai menonton filem Ketika Cinta Bertasbih 2 buat pertama kalinya tanpa melompat scene sana sini. Entah kenapa sebelum ini tidak terasa langsung ingin menontonnya walaupun menyukai kedua-dua  siri novel tersebut. Mungkin sebab sebelum ini rasa kecewa kerana filem Ayat-ayat Cinta tidak seperti novel. Ya aku faham di dalam filem perlu diubah sana-sini agar lebih sesuai, tetapi watak Fahri kelihatan kurang kalibernya dan watak Maria pula seperti hilang sopannya. Ini pendapat peribadi aku sahaja, kerana novel Ayat-ayat Cinta memang tergolong dalam kategori ‘mesti baca’ pada aku.

Ternyata tidak bagi filem KCB. Malah Anna Althafunnisa masih memakai tudung biru ketika pertama kali bertemu Khairul Azzam di dalam bas J Cuma pengakhiran cerita sahaja, tetapi masih tidak mencacatkan, iaitu pertemuan Furqan dan Eliana di rumah Anna Althafunnisa. Di dalam novel, Furqan memberitahu akan keadaan dirinya yang bebas daripada HIV melalui emel yang dihantar kepada Anna.

Tersentuh hati dengan penghargaan Ayatul Husna kepada abangnya Azzam sehingga aku menangis melihatnya huhuhu. Terkesan juga dengan kesungguhan Azzam mencari jodoh. Indahnya usaha mencari jodoh mengikut syariat ALLAH…

Sejujurnya aku lebih suka melihat Azzam menikahi Vivi. They deserve for each other, still I’m not the author huhuhu. Pada aku, Anna tidak sepatutnya terus menghukum Furqan dan meminta cerai. Jelas sekali Anna tidak mencintai Furqan, jika tidak tentu sahaja Anna akan bertindak sebaliknya dan mempertahankan Furqan.

Bukan main lagi membebel. Ini pendapat peribadi sahaja. Apa yang pasti official sound track (OST) KCB memang best, begitu juga lagu ‘Haramkah’.

Aku hanya ingin
cinta yang halal
dengan dia
tentu atas izin-NYA…


Much love,
NJ :) 

No comments:

Post a Comment