Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Thursday, October 31, 2013

Because nasi goreng warung is too mainstream

Assalamualaikum,

Selama ini mak hanya menggoreng nasi goreng kosong sahaja. Tanpa sayur, daging atau ayam, apatah lagi segala jenis bebola-bebola ini.

Tapi aku sangat menggilainya. Sangat sedap. Tidak jemu. Hanya bawang merah, bawang putih, lada hijau dan telur. Marvellous!

Mak tidak perlu berusaha keras. Kalau nasi lemak, hanya nasi lemak dan sambalnya sahaja. Tiada telur, hirisan timun apatah lagi kacang dan ikan bilis goreng.

Laksa? Ya hanya kuah laksa pekat ala Johor dan mi laksa. Tiada hirisan timun, taugeh, sambal belacan, limau kasturi.

Mee dan bihun goreng juga begitu. Hanya goreng kosong bersama perencahnya. Ya tanpa sebarang perisa juga, Ajinomoto dan seangkatan dengannya.

Tapi kami sekeluarga menggilainya. Mak tak perlu usaha keras. Mungkin juga kerana mak dulu bekerja. Kekangan waktu dan keperluan untuk berehat membataskan. Tapi kami tidak kisah. Air tangan mak tetap tidak mengecewakan.

Kerana itu jugalah aku tidak mempersoalkan masakan kari ayam tanpa ditumis sekali bersama dengan daun kari. Percayalah masih lagi lazat. Yang penting usaha seseorang itu untuk masak.

Much love,
NJ :)

No comments:

Post a Comment