Syurga itu matlamat!

Syurga itu matlamat!

Sunday, October 27, 2013

Kisah si burung kakak tua

Assalamualaikum,

Terasa poyo update artikel back-to-back macam ini lol :) Biasanya antara satu artikel ke artikel yang lain terlalu memakan masa, tanpa idea dan masa, ya terasa sukar untuk menulis apa-apa.

Sejak akhir-akhir ini aku selalu teringat akan kisah burung kakak tua diakhir usia ini. Cerita ini disampaikan oleh juara pertandingan Mencari Murabbi (tak pasti nama sebetulnya pertandingan ini) oleh Kolej kediaman Za'ba UPSI bagi musim yang pertama, saudara Ustaz Muhammad Amirul Amran. Salah satu cabaran peringkat akhir adalah untuk menyampaikan satu ceramah/ cerita atau apa sahaja bentuk persembahan berkata-kata ini di khalayak ramai ketika Open Day KZ.

Cerita ini yang disampaikan oleh beliau. Lebih kuranglah.

Ada satu kampung. Seorang ustaz tinggal tinggal bersama-sama burung kakak tua peliharaannya. Berdua. Semua sedia maklum burung kakak tua boleh berkata-kata jika diajar oleh manusia. Maka ustaz ini mengajar burung kakak tua miliknya menyebut nama ALLAH. ALLAH... ALLAH... ALLAH... Hari-hari burung kakak tua ini menyebut tanpa jemu.

Ditakdirkan ALLAH, sampailah ajal burung kakak tua ini. Malangnya setelah kematian burung kakak tua ini, ustaz ini seperti sudah hilang arah. Setiap hari kesedihan sehingga tidak lagi kelihatan berjemaah di surau untuk solat lima waktu. Maka timbullah pelbagai fitnah kepada beliau. Tok imam tidak pula termakan segala fitnah tersebut, dan mengambil keputusan untuk pergi berdepan dengan ustaz ini, menuntut jawapan dan penjelasan akan tindakannya.

Terungkailah bahawa ustaz ini tidak dapat menahan kesedihan yang melampau kerana di akhir usia burung kakak tua peliharaannya ini tidak dapat menyebut nama ALLAH, walhal sepanjang usianya hanya menyebut berzikir nama ALLAH sahaja.

Ringkas cerita ini. Tapi maksudnya mendalam. Di hujung ceramah beliau, beliau mengajak semua yang ada mendengar ceritanya bertanya kepada diri sendiri. Sepanjang hidup kita ini, kita menuturkan pelbagai kata nista, umpatan, tidak kurang kejian. Ya ada juga zikir diuntai beberapa pusingan, tetapi banyak manakah???

Adakah di akhir usia kita nanti, kita mampu menyebut nama ALLAH yang maha agung, apatah lagi mengucap dua kalimah syahadah?

ALLAH... :'(

Much love,
NJ :)


No comments:

Post a Comment